Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 06, 2010

Konspirasi 2: Saiful Selesai Beri Keterangan, Gambaran Sebagai Mangsa



Saiful Bukhari Azlan hari ini selesai memberi keterangan utama untuk pihak pendakwaraya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Saiful cuba memberi gambaran beliau adalah mangsa dan bukannya Anwar.

Saiful berkata beliau bertekad meletak jawatan sebagai pembantu Anwar kerana tidak mahu diliwat lagi.

Namun Saiful kemudian mengaku beliau menerima pertolongan daripada Anwar dan terus bekerja dengan Ketua Pembangkang itu tanpa di paksa.

Saiful juga mengaku tidak berterus terang dengan Anwar mengenai pertuduhannya itu sebagai punca dia mahu berhenti kerja.

Sebaliknya beliau tetap menerima tawaran Anwar untuk mendapatkan penaja bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya.

Perbicaraan hari ini bersambung secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saiful menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang karismatik dan menjadi idolanya ketika beliau membesar.

Beliau juga menceritakan bagaimana beliau diambil kerja oleh Anwar dan di berikan ruang pejabatnya sendiri.

Namun Saiful berkata beliau menghantar surat letak jawatan kepada Anwar pada Mac 2008 kerana kononnya tidak mahu menjadi mangsa liwat.

Saiful mengaku beliau hanya memberitahu Anwar beliau tidak berkelayakkan dari segi akademik dan tidak berdisplin.

Menurut Saiful. Anwar menawarkan untuk mendapatkan bantuan bagi membantunya melanjutkan pelajaran.

Saiful berkata beliau menerima tawaran itu dan terus bekerja dengan Anwar kerana kononnya beliau takut untuk menolaknya.

Saiful terus memberikan keterangan dengan butir-butir mengaibkan hari ini. Contohnya beliau mendakwa tidak dapat membuang air besar selama dua hari setelah di liwat.

Sekali lagi, wartawan tempatan dan antarabangsa diperagakan bahan bukti oleh pendakwaraya, antaranya seluar dalam, baju dan KY Jelly.

Perbicaraan Konspirasi II Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan Isnin, 9 Februari 2010.

Peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi TV Selangor mengesahkan perbicaraan itu akan bersambung minggu hadapan setelah rombongan mahkamah selesai mengadakan lawatan ke Kondominium Desa Damansara pagi tadi.


tvs

Pelik..macamana org yg diliwat pulak yg simpan KY jelly?


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive