Selasa, Februari 02, 2010
Kota Siputeh: Mahkamah Rayuan Jadi Penentu
Persoalan sama ada Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Sarip kekal sebagai wakil rakyat atau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dijangka diketahui dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut mengenai status kerusi DUN Kota Siputeh itu sama ada ia dikekalkan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau terpaksa memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
Kita sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan ini setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.
DUN Kota Siputeh mempunyai 19,771 pengundi dan daripada jumlah itu sebanyak 18,130 pengundi adalah kaum Melayu manakala selebihnya adalah pengundi Cina, India dan masyarakat Siam.
DUN Kota Siputeh adalah sebuah kawasan di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kawasan itu terletak bersempadanan Kedah/Perlis.
Wan Ahmad berkata SPR telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan mengenai keputusan mahkamah itu.
Jika Mahkamah Rayuan mengarahkan supaya diadakan pilihan raya kecil, SPR perlu menggendalikan pilihan raya kecil itu memandangkan tempoh pilihan raya umum ke-12 baru sahaja memasuki dua tahun.
Tempoh “matang” untuk tidak diadakan pilihan raya kecil atas sebarang sebab kekosongan DUN atau kawasan Parlimen ialah selepas tiga tahun pilihan raya umum iaitu mulai Jun 2011.
Bagi Abu Hassan pula, sebarang keputusan yang diumumkan akan diterima dengan hati yang terbuka dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi pemilihan calon sekiranya diadakan pilihan raya kecil.
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata tindakan yang diambil untuk mengosongkan DUN Kota Siputeh adalah tepat berdasarkan Perkara 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK) apabila Abu Hassan didapati tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut sebagai wakil rakyat.
“Mahkamah Tinggi telahpun mengumumkan kekosongan dan mengarahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh dan SPR telah diberi hak untuk membuat rayuan dan sekarang kita menunggu keputusan Mahkamah Rayuan,” kata beliau.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, walaupun pilihan raya kecil bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan mengembirakan namun semua pihak perlulah akur dan patuh dengan perlembagaan negeri.
“Apa yang penting dalam kes ini ialah ia harus menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat mengenai tanggungjawab untuk menghadiri sidang dewan,” kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, PAS tidak pernah menganggap mudah untuk merampas kerusi yang disandang oleh Umno.
“Kita tahu DUN Kota Siputeh adalah kubu kuat UMNO dan PAS tidak pernah menang bagi kawasan DUN itu sejak ia diwujudkan di bawah kawasan Parlimen Jerlun,” kata beliau.
Azizan berkata, apa yang pasti ialah PAS tetap akan bertanding dan meletakkan calon yang dikehendaki oleh rakyat di kawasan itu.
Jika pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh perlu diadakan, ia adalah pilihan raya kecil kedua di negeri ini selepas pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada tahun lepas.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada April 2009 disebabkan peletakan jawatan wakil rakyatnya dari PKR V.Arumugam dan kerusi itu berjaya dikekalkan oleh PKR menerusi calonnya S.Manikumar. Pilihan raya kecil itu juga mencatat sejarah apabila sebanyak 13 calon Bebas turut berentap bersama calon BN Datuk S.Ganeson.
Bagi Kota Siputeh, mungkin tidak ada calon Bebas yang berminat untuk bertanding kerana tumpuan hanya diberikan kepada bakal calon BN dan bakal calon PAS ekoran kerusi itu adalah kubu kuat BN sejak pilihan raya umum 1999.
Sungguhpun Abu Hassan telah menjadi wakil rakyat bagi kawasan itu bagi tiga penggal berturut-turut, namun menurut sumber dalaman UMNO, Abu Hassan belum tentu dipilih semula sebagai calon kerana terdapat nama-nama lain yang disebut-sebut.
Antara mereka ialah naib ketua UMNO Bahagian Jerlun Abdul Aziz Mahmud, Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Zulkefli Awang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mohamad Hairi Ahmad dan Ketua Wanita Datuk Maznah Abdul Hamid.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dipetik sebagai berkata, jika berlakunya pilihan raya kecil, Mukhriz, yang menjadi wakil Parlimen Jerlun, tidak akan dipilih sebagai calon.
Pada 23 Nov lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 Nov apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN.
Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya...BERNAMA
detikdaily
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Februari
(286)
- Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
- Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi
- Cubaan Sabotaj Program Anwar Di Segamat
- Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
- JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI
- Remaja Jual Dara Secara On-Line $45,000 Untuk Baya...
- Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
- Lawak Ahad: Pak Pandir dan kondom
- Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik
- 45,000 Kerja Kosong di Restoran Mamak Tidak Diisi ...
- Kerajaan Selangor Sanggup Sedia Tapak Sekolah
- Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Febru...
- UMNO Tiada Isu, Lancar Serangan Peribadi
- Keputusan TM Liga Super 27 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Liga Super 27/2/10
- AmpUno Juara Maulidur Rasul
- Bekas PM Kanada desak gugur kes Anwar
- "Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'...
- Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
- Buaya patah gigi lawan dua lelaki
- Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
- Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
- Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti
- Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
- Tak perlu layan budak-budak baru yang pertikai kep...
- Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin on...
- 5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor
- PAS, NGO bantah acara maksiat Pesta Balok
- ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK
- Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 p...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Sejarah Kelahiran Rasulullah SAW
- Zambry saman PKR RM100 juta
- Esok masih ada???
- Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul
- Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Indi...
- Pelajar dipaksa berbogel oleh senior
- S'gor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya
- Langkah Berani MB Kedah
- Gambar : Sekitar Ceramah DSAI di Jeniang, Kedah
- Petronas Untuk Rakyat
- BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?
- Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara?
- Hanya Anwar layak jadi PM: Guan Eng
- Nenek lawan 3 penyamun
- Suhakam temui anak Raja Petra di penjara Sg Buloh
- Royalti berhak diterima Kelantan RM2 bilion, bukan...
- Eksekutif telco yang mana jual video lucah?
- Jangan dahului mahkamah, Anwar belum dibuktikan be...
- Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk
- Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana ...
- Zambry dalam ketakutan - Khalil Idham Lim
- Acara Paling Dinantikan Malam Ini
- Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?
- Selangor Seri Tanpa Jaringan Dengan Becamex Binh D...
- Hujah Dangkal di TV9
- Cabaran Kepada Guan Eng Helah Elak Debat
- Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedi...
- Salam Maulidur Rasul
- Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?
- 'Indeks mi segera' ukur kegawatan
- Benarkah Presiden PAS 'bercanggah' dengan Mursyidu...
- Berdebat Pun Kecut Teloq, Nak Jadi Juara Rakyat Ko...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana
- Tok Guru Nik Aziz tonton wayang
- Nikah lepas hilang 9 jari
- Juara Rakyat Tapi Takut Debat
- BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam
- Demo 24 Feb diteruskan, kata NGO Felda
- Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah
- Iklan Penjelasan Isu Royalti Yang Tidak Jelas
- Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong
- Tindakan Lim Guan Eng Patut DiContohi
- Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya
- Pusat iklankan isu royalti Kelantan sasar Ku Li, A...
- Ustaz Umno tolong nasihatkan Shahrizat
- 20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat N...
- MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ akibat jangkitan ku...
- PAS Wilayah sedia dedah tembelang Umno
- BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti
- Lompat tak boleh, melompat boleh
- JKJR akan ceramahkan drebar bas yang bawa laju
- Gunakan Tandas Dengan betul, Kalau Tak...
- Lawak Ahad: Jaguh Pedang Dunia
- Berita yang tiada di TV Malaysia
- Keputusan Piala FA Pusingan Ke 2 (2) 20 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Piala FA 20/2/10
- Jangan Terkejut Jika Nasir Safar 'Bebas'
- Jaga-jaga Kedah malam ni...
- Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis
- Pejabat Pelajaran pun jadi “cawangan” Umno juga?
- Najib Takut Adakan Sidang Tergempar Parlimen
- Lagi ditahan ISA
- Bila babi disangka kambing
- PAS dah lama bikin la...
- Pakatan Desak Sidang Tergempar Bincang Kes Anwar
- Anwar : Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan
- Ganyang DAP
-
▼
Februari
(286)