Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 07, 2010

LANGGAN PELACUR, RASUAH BATERI KERETA


Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, kami buat rondaan sekitar tempat letak kereta Hospital Sultanah Aminah JB dalam jam 11.00 malam. Terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di kawasaan berkenaan dan nampak satu pasangan sedang berpelukan. Dari dalam Pajero, saya dapat lihat dengan jelas, seorang lelaki menindih seorang wanita di kerusi sebelah pemandu. Kedua-duanya berpakaian lengkap. Kami suluh dengan lampu,segera berhenti dan menghalang kereta berkenaan.


Satu pasangan segera bangun dalam keadaan tergesa-gesa dan keluar dari kereta. Rupanya lelaki Cina berumur dalam 60-an dan pasangannya seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Kedua-dua mereka nampak tua. Seperti biasalah, kuasa yang ada pada JAIJ hanya pada orang Islam, bukan Islam di luar bidang kuasa. Tapi bila kami minta kad pengenalan, kedua-duanya menggigil dan mintak 'selesai'. Saya tengok saja aksi gelabah lelaki tua itu nak mintak 'selesai', nak selesai apa, entah, saya pun tak tahu. yang saya tahu, tak ada kes.


Tiba-tiba dia bukak bonek belakang kereta dan menunjukkan banyak bateri kereta, ada yang baru dan ada yang lama. Dia kata, nak selesai kes ini dengan belanja bateri kereta seorang satu biji, waktu itu kami penguatkuasa semuanya ada 8 orang termasuk pemandu. Bila dikira ada 8 orang, dia kata bateri baru tak cukup. Jadi 5 orang akan dapat bateri baru, 3 orang akan dapat bateri kereta lama. Kelakar juga, kalau nak kira nilai satu beteri buruk, agak-agaknya dalam RM 5 ke RM 10 saja, itu pun dia nak rasuah. Saya dah mula tergelak tengok gelagak apek tu. Rupanya, dia kerja niaga bateri kereta, patut le banyak bateri dalam kereta.


Saya terus mintak kad pengenalan walaupun dah tahu, kedua-duanya bukan Islam. Tapi dia masih takut, dia terus tawarkan kami supaya ambil bateri dan jangan apa-apakan dia. Dia takut kalau kena tangkap, kerana anggapan dia, dia boleh kena tangkap juga walaupun bukan Islam. Akhirnya kedua-duanya keluarkan kad pengenalan, betullah bukan Islam. Lelaki umur 60-an.

Bila ditanya siapa perempuan ni, perempuan tu terus mengaku dia kerja pelacur kat Jalan Dhobi JB. Tadi mulanya nampak cun dan seksi, bila dibawa ke bawah lampu tiang yang lebih terang, nampak sangat dia dah tua, kulit pun dah berkedut, umur dah 50-an. Tapi pakaian dia, mak oiiii, seksi giler dengan skirt pendiknya. Yang kelakarnya, bila tengok betis dia, ada berkudis. Entah ada sakit apa lah. Ada juga orang berkenan dengan wanita camni.

Bila ditanya, dia mengenakan bayaran RM 30 ringgit sebagai pelacur tapi untuk ringan-ringan saja. Pelacur ni diambi sendiri dari Jalan Dhobi dan dibawa ke situ oleh apek tu. Dalam hati saya, nasib baik bayar dengan duit, ingatkan bayar dengan bateri kereta jer pada pelacur ni. Dalam hati saya, kalau nak pilih pelacur pun, kenapalah pilih yang dah berkudis kat kaki camni, takde ke yang kaki licin sikit. Macam-macam le apek ni, membuatkan kami semua tergelak hari tu. Kedua-duanya diberi amaran sebelum dilepaskan. Saya warning dia juga, janganlah senang-senang nak tawarkan rasuah kepada penguatkuasa.

kadikluang.blogspot.com


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive