Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 06, 2010

Lelaki jumpa bom grenad dalam dekoder Astro


Gambar: Decoder Astro

KUALA LUMPUR, Feb 6 — Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

“Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

“Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

“Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad,” katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” kata Abdul Jalil. — Bernama



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive