Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 09, 2010

Luka Parah,Rakyat Perak


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bersama seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah di lakukan oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang sepatutnya mendahulukan rakyat di dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang telah di cabuli ini

DPPN Pk melihat selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas kerukunan rakyat tidak bersatu di dalam memastikan keunggulan Negeri Perak di letak di tempat sebaiknya. Dalam banyak keadaan suasana ini telah di cerminkan oleh rakyat ketika Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah di lantik sebagai Menteri Besar kudeta.
Yang lagi parah ialah kedudukan ekonomi yang terjejas teruk dan juga usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya sama sekali. Walaupun telah di umumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah di tipu keadaan tersebut kerana jelas bahawa tahap ekonomi Negeri Perak masih rendah sekali.

DPPN Pk juga merasakan bahawa tahap demokrasi di Negeri Perak telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut. Ini jelas dapat di lihat dalam pelbagai keadaan sepanjang setahun ini. Musnahnya sistem Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jelas berlaku terhadap Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan pelakuan yang telah seluruh dunia saksikan keadaan yang telah berlaku.

Badan beruniform yang sepatutnya menjaga keselamatan seperti Polis di lihat tidak bersikap profesional serta berintergeriti sepanjang berlakunya drama rampasan kuasa tersebut. Keyakinan rakyat sudah pasti tidak menyakini akan kemampuan Polis untuk memastikan keselamatan rakyat atau wakil rakyat terjamin.

Perkara terpenting di dalam menjaga kerukunan rakyat di kalangan orang Islam di tambahi luka dengan drama rampasan kuasa Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang telah di pelapori oleh UMNO. UMNO cuba menjadikan Masjid sebagai pentas politik mereka tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah di situ.

Oleh yang demikian, rakyat di seru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan di tegakkan kembali di Negeri Perak ini. Rampasan kuasa jahat oleh UMNO / BN ini mesti di hapuskan. Rakyat perlu menolak UMNO / BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. UMNO / BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.

9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di Negeri Perak. Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

detikdaily


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive