Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 02, 2010

Noh Omar teringin nak jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Oleh marazimo


"KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Noh b
erkata, desakan itu dibuat memandangkan pendirian tegas Anwar yang menyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam adalah melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan tidak menghormati Enakmen Negeri Selangor.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin pernah membuat titah perintah baginda secara umum melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan juga dalam enakmen pengembangan agama bukan Islam di negeri Selangor yang memang jelas menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.


“Ini memang telah dititah oleh baginda Sultan dan termaktub dalam Enakmen Negeri Selangor.

“Ini bermakna apabila Sultan Selangor memberikan titah baginda, maka sesiapa yang menjadi rakyat Selangor dan berkhidmat di negeri ini harus mematuhi titah Sultan dan Enakmen Negeri Selangor.

“Saya ingin mencabar beliau (Abdul Khalid), kalau beliau seorang rakyat yang patuh dengan titah perintah Sultan Selangor,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Tani Siswazah di Taman Bullion Mewah, Batu Muda di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Paduka Badruddin Amiruldin: Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz: Timbalan Presiden (Teknousahawan dan Hal Ehwal Mahasiswa) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Profesor Dr Abu Talib Othman dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani.

Noh berkata, beliau melihat Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor oleh Abdul Khalid dengan elaun RM1 sebulan, mempunyai ‘kepentingan’ terhadap negeri itu.

“Saya tengok beliau (Anwar) juga seolah-olah seperti Menteri Besar Selangor. Saya baca surat khabar, beliau pergi ke kawasan perumahan Mentari dan kawasan perumahan Lembah Subang serta mengumumkan beberapa kelulusan untuk membaik pulih beberapa kemudahan di kawasan perumahan itu,” katanya.

Katanya, ia jelas menunjukkan Anwar mempunyai ‘kepentingan’ terhadap Selangor sebagai Penasihat Ekonomi tetapi tidak dari segi prinsip mematuhi dan menghormati arahan daripada Sultan Selangor serta Enakmen Negeri Selangor.

“Kita semua mengetahui pendirian tegas beliau (Anwar) yang mengatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan kalau ini pendirian beliau, maka beliau tidak layak untuk bekerja di Selangor serta bagi saya dia seorang yang derhaka kepada titah perintah Sultan,” katanya.

Menurut Noh, Anwar seharusnya jelas bahawa sekiranya beliau ingin memasuki dan bekerja di negeri Selangor, beliau harus akur kepada arahan Sultan Selangor dan mematuhi Enakmen Negeri Selangor.

Beliau berkata, Abdul Khalid harus menjelaskan pendiriannya sama ada mentaati dan mematuhi perintah Sultan dan Enakmen Negeri Selangor atau sebaliknya.

“Kalau beliau taat dan patuh maka beliau tidak patut ambil orang dari luar Selangor yang tidak menghormati perintah Sultan Selangor dan Enakmen Negeri Selangor.

“Kalau beliau betul-betul menghormati Enakmen Negeri Selangor dan perintah Sultan Selangor, beliau patut pecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

sinarharian


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. sebagai rakyat malaysia,janganlah putarbelit banyak sangat.awal2 dulu najib umum 1 malaysia jadi semua rakyat malaysia 1malaysia,pee salah nyeee kalau kalimah Allah semua bangsa guna.bak kateee pak Najib"kiteekan 1Malaysia"..hee...heee..heee.pee la yang tak kena ngan orang2 kuat pak Najib ni,ikut lee cakap bosss "1malaysia" kann?.kannn?
    lagi satu kepada yang cakap tu,jangan tunjuk jahil sangat,dulu pernah gii sekolah tak?? dee tak pagi2 kena nyanyi lagu negaraku dan lagu negeri..best kan lagu tu popular sampai sekarang malah semua jenis sekolah kena nyanyi lagu negeri tak kiree lee sekolah cina kee,sekolah india kee sekolah melayu ke semua kena nyanyi lagu negeri,"wajip nyanyi"..tapi kalau semua lirik lagu negeri ada sebut kalimah "Allah" ni pee cite plak..bila dah nyanyi lagu tu,maknanyee semua bangsa dah paham hanya "Allah" lah tuhan..peee laa,cuba tengok balik lirik semua lagu negeri kat malaysia ni,cuma dee 3-4 negeri jee yang takde "Allah".
    dah lee tu plak, bila sultan sambut hari keputeraan,semua bangsa sebut daulat tuanku,Allah lanjutkan usia tuanku..
    so pee cite semua tu...open your minded..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive