Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 05, 2010

Peguam Anwar bertemu Alauddin dapatkan tarikh awal pendengaran rayuan

PUTRAJAYA: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di sini hari ini.

Pertemuan itu bertujuan memohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung dan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan
pertuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Alauddin memaklumkan secara lisan kepada pihak-pihak yang berkenaan
bahawa rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak
permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat akan didengar pada 12 Februari.

Ketika dihubungi media di sini, peguam Anwar, S.N.Nair berkata, beliau menerima pengesahan tarikh itu melalui satu faks dari Pendaftar Mahkamah Rayuan
jam 5 petang ini.

Usul Anwar untuk mendapatkan perintah penangguhan bagi perbicaraan kes liwatnya akan turut didengar pada hari yang sama.

Ketika ditemui pemberita, peguam Datuk Param Cumaraswamy berkata, Hakim
Alauddin turut memaklumkan kepada mereka bahawa tarikh perbicaraan bagi
permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang
mengetepikan permohonan untuk mendapatkan dokumen penting yang mempunyai kaitan
dengan perbicaraan kes liwatnya akan ditetapkan paling awal menjelang minggu
depan.

Hakim Alauddin turut memaklumkan bahawa mereka sedang mencari seorang lagi
hakim untuk menganggotai tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar
permohonan semakan semula itu.

Pertemuan itu turut dihadiri seorang lagi peguam yang mewakili Anwar iaitu
Wan Anuar Shaddat dan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat.

Anwar, 63, berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada
26 Jun, 2008. -Bernama



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive