Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 08, 2010

Phua : Najib Memperlekehkan Enjin Jet Pejuang TUDM



Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua membidas Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana meremehkan kehilangan dua enjin jet pesawat tempur F-5E milik Tentera Di Raja Udara Malaysia.

Najib berkata dua enjin jet itu bukan aset strategik negara kerana berasaskan teknologi lama.

Phua berkata Perdana menteri tidak harus menolak kepertanggungjawaban beliau atas kehilangan dua enjin pesawat pejuang itu.

Dua enjin itu hilang pada tahun 2007, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Namun kecurian itu hanya dilaporkan pada tahun 2008.

Semalam perdana menteri berkata kecurian dua enjin pesawat itu tidak menimbulkan sebarang kesan kepada pertahanan negara.

“Telah mengulas perkara itu dari segi yang salah. Sebab masalah kita bukan sahaja enjin jet itu bukan masalah aset strategik tetapi bagaimana sebuah enjin jet boleh hilang dalam simpanan, dalam stor kita. Itu yang menjadi masalah. Tidak kira ia satu enjin kapal terbang apa, F5E ke, masalah kawalan kem kita tentera kita. Kalau enjin jet ini boleh keluar yang lain pun boleh keluar” ujar Phua merujuk kepada kenyataan Najib.

Malah beliau yakin, Najib telah memberikan respon sambil lewa apabila menyifatkan enjin tersebut bukanlah aset strategik negara.

Tindakan Najib itu sekali lagi dilihat mencalarkan imejnya sebagai Menteri Pertahanan ketika itu.

“ Kenyataan itu dikeluarkan untuk meremehkan perkara ini. Dan saya rasa perkara ini tidak patut diremehkan. Dia hendak memberikan pandangan dan perspektif bahawa perkara ini tidak sebesar yang dikacau-kacaukan oleh pihak pembangkang. Tapi apa yang kita bantah bukannya satu perkara remeh tapi ini merupakan satu perkara yang amat serius kerana ia menjejaskan keselamatan negara kita”

Tambah Phua, tertangkapnya dua pegawai bawahan yang dikatakan terlibat dalam insiden kecurian ini sememangnya sukar untuk dipercayai dan satu siasatan lebih rapi harus dijalankan.

“ Ini memang sukar untuk dipercayai oleh orang ramai. Untuk memulihkan semula keyakinan orang ramai kepada pihak tentera kita, satu siasatan yang terbuka, yang penuh, yang teliti supaya kebenaran dapat dikeluarkan” katanya.-SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

tvs



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive