Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 13, 2010

Polis Cuba Rampas Buku 'Di Sebalik Misteri Altantuya'



Rumah ibu kepada Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin diserbu polis petang semalam, bagi merampas buku 'Di Sebalik Misteri Altantuya'.
Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai CheguBard ketika dihubungi TVSelangor berkata, beliau sudah menjangka perkara itu.

Katanya, beliau tiada di rumah itu ketika serbuan tapi dimaklumkan ibunya mengenai kehadiran sekumpulan polis ke rumah kira-kira jam 5 petang.
Beliau berkata, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman itu mahu memasuki rumah ibunya di Seremban yang menjadi alamat tempahan buku itu, tetapi dihalang kerana tiada waran.
"Bagaimanapun, polis mengugut untuk kembali membuat rampasan apabila memperoleh waran geledah," katanya.
Sehingga kini, Badrul berkata, hanya beberapa ratus sahaja berbaki manakala lebih 3,000 sudah dimiliki rakyat yang begitu dahagakan maklumat kes itu.
Beliau berkata, buku yang mendapat sambutan hangat dalam tempoh kurang sebulan itu, akan diulang cetak supaya masyarakat didedahkan dengan kisah sebenar kontroversi itu.

tvs


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive