Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 02, 2010

“Saya tak pentingkan jawatan” - Khalid Samad

Oleh Era Pakatan


KUALA LUMPUR : "Sebenarnya, saya tidak mementingkan jawatan. Ada (jawatan) atau tidak, sama saja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'jeneral', maka sebagai seorang askar biasa," kata Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad.

Beliau berkata demikian dalam www.khalidsamad.com ketika mengulas tindakan Jawatankuasa Disiplin PAS yang menggantung jawatan-jawatan beliau dalam parti selama enam bulan. Antaranya, jawatan sebagai YDP Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

"Tindakan pimpinan selama ini yang saya tentang secara terbuka, telah diisytiharkan bersalah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejaskan Pakatan Rakyat Selangor.

"Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui pemimpin tertinggi," kata beliau.

Walaupun jawatan beliau digantung, tambah Abdul Khalid, namun hal itu tidak seberat 'hukuman' yang diterima pesuruhjaya yang telah mendapat kata dua berhubung tindakan beliau selama ini.

Beliau turut menyeru semua pihak agar dapat memahami kedudukan sebenar, iaitu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah berpunca daripada sikapnya menegur pihak atasan yang dianggap akan memudaratkan PAS.

"Mungkin betul, mungkin tidak betul (hukuman itu). Namun, saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan, tetapi semuanya tidak berhasil," kata beliau.

Abdul Khalid berkata, sebelum ini, beliau telah mengkaji terlebih dahulu beberapa risiko yang beliau jangka akan menerimanya kelak.

"Saya mengambil risiko itu kerana ada peluang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka, (kes) saya dibawa kepada jawatankuasa disiplin.

"Saya tidak mengadunya kepada jawatankuasa disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko ini, saya ambil dengan penuh sedar.
erapakatan

BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive