Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 14, 2010

Tutup Kes Khalid Hanya Konspirasi SPRM


Bekas pengerusi GERAK, Nazree Mohd Yunus mengesyaki keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan penyelewengan pembelian lembu korban, adalah konspirasi badan itu menutup mulut pimpinan pakatan dari terus lantang mengkritik badan itu.

SPRM hari ini(kelmarin) mengumumkan menutup siasatan terhadap 8 individu berprofil tinggi termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Penutupan siasatan itu diumumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull. SPRM berkata, siasatan kes- kes ini terpaksa ditutup berikutan kekurangan bukti.

"Ada kemungkinan- kemungkinan yang dilakukan oleh SPRM untuk menutup kes- kes berprofil tinggi melibatkan pimpinan Umno-BN. Jawatankuasa disiplin Umno sendiri bahawa Ali Rustam terlibat dalam rasuah politik, bagaiman SPRM kata tidak ada?,"katanya.

Sebelum ini, dakwaan terhadap Ali Rustam membabitkan politik wang dalam pemilihan Umno lalu manakala Khalid mengenai dakwaan penyelewengan pembelian lembu korban.

Dakwaan terhadap Sivakumar ialah salah guna kuasa menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya daripada menghadiri sidang Dewan.

Siasatan terhadap Fairus pula membabitkan dakwaan beliau mempunyai kepentingan dalam meluluskan projek kuari.

Nazree membidas SPRM yang sebelum ini angkuh apabila mewar- warkan badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan kepada setiap pertuduhan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Sebagai contoh kes Tan Sri Khalid mengatakan ada bukti kukuh untuk mensabitkan Tan Sri Khalid tapi sekarang kata tiada bukti kukuh pula. Adakah ini konspirasi SPRM untuk menjatuhkan karier politik Tan Sri Khalid, dan adakah suruhanjaya itu sengaja mewar- warkan kes melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat demi untuk tujuan menjatuhkan kreadibiliti Pakatan Rakyat,"katanya.

tvs


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive