Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 09, 2010

Umno mahu rebut kerusi sekutunya ?

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Krisis berterusan yang melanda hampir semua sekutu BN di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, memungkinkan Umno sendiri kian meragui keupayaan setiap sekutunya itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Umno dilihat mahu bertanding sebanyak mungkin kerusi termasuklah dilihat cuba merampas kerusi sekutunya yang berpotensi untuk kalah jika kekal bertanding di sesuatu kawasan walaupun kerusi itu merupakan kuota milik sekutunya.

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Lajim Ukin dipetik sebagai berkata, beliau mahu agar BN tidak terikat dengan kuota apabila meletakkan sesuatu calon dalam pilihan raya akan datang.

"Kuota bukan penentu kemenangan tetapi kemenangan yang mutlak adalah terletak dalam sokongan majoriti pengundi di kawasan berkenaan. Antara faktor kekalahan BN di beberapa negeri di Semenanjung adalah disebabkan penentuan kuota dan tidak berlandaskan kepada suara majoriti rakyat.

"Apa yang berlaku di negeri-negeri berkenaan adalah sama seperti Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang akibat ketidakpuasan rakyat terhadap calon yang diletakkan. Ini jangan berlaku di Sabah," katanya.

Pemimpin Umno itu yang terkenal dengan sejarah melompat parti berkata demikian di majlis sarapan pagi bersama pemimpin dan ahli Umno dari Bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom di salah sebuah hotel di negeri itu yang turut dihadiri pelbagai pemimpin Umno Bahagian dan negeri.

Untuk rekod, majoriti penduduk dan pengundi dalam kawasan Parlimen Keningau, Pensiangan dan Tenom adalah terdiri dari kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dan kerusi Keningau dan Pensiangan secara tradisinya bukan kuota untuk Umno tetapi disandang oleh sekutu BN, masing-masing dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Lajim ialah bekas pemimpin PBS dan antara pemimpin terawal melompat parti menyertai Umno yang menyebabkan PBS yang ketika itu sebagai Kerajaan Negeri tumbang akibat lompatan beramai-ramai adunya menyertai BN pada tahun 1994.

Situasi yang sama melanda negeri Perak sejak setahun lalu.

Jika Umno berjaya meletakkan calonnya di Parlimen Pensiangan, sekutu terkecil BN di negeri itu, PBRS bakal terkubur kerana kerusi itu satu-satunya kerusi parlimen yang diperuntukkan buat mereka melalui Presidennya, Joseph Kurup yang hanya memenangi kerusi itu melalui perintah mahkamah beberapa bulan lalu.

Begitu juga bagi kerusi Keningau yang kini disandang oleh Presiden PBS, Pairin Kitingan.

Pairin sebelum ini pernah dimalukan oleh Umno apabila banyak kerusi asal yang ditandinginya dirampas oleh Umno bersama sekutu yang lain sebaik parti itu melompat menyertai BN beberapa tahun lalu.

Ketika ini, daripada 222 kerusi Parlimen, Umno menang 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (2) dan Di Sabah, PBRS (satu), LDP (satu), Upko (empat), PBS (tiga) selain di Sarawak, PRS (enam), SUPP (enam), PBB (14), dan SPDP (empat).

erapakatan


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive