Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 15, 2010

“Zahrain, letak jawatan anda sebagai MP Bayan Baru” - AMK Bayan Baru

Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) Ahmad Azrizal Tahir mendesak Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana kemenangannya dalam pilihan raya umum adalah atas usaha keras dan kerjasama jentera Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

"Beliau juga menang hasil sokongan dan undi rakyat yang memilih ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat, PR dan mereka bukan memilih wakil rakyat menggelar diri mereka sebagai ahli parlimen Bebas," kata beliau ketika mengulas perkembangan terbaru berhubung isu peletakan jawatan Zahrain yang juga bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru.

Tambah Ahmad Azrizal, selain menyokong kepemimpinan ketua menteri Lim Guan Eng, pihak AMK cabang parti itu juga menyatakan sokongan ke atas pucuk pimpinan parti, khasnya, Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda membebaskan Malaysia daripada pemerintahan Umno-BN.

"Dan, dalam masa yang sama kami akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan dalam PR bagi memastikan beliau menjadi pemimpin kerajaan di negara ini.

"Kami menegaskan, bahawa kami tidak akan terbuai dengan falsafah perjuangan tanpa prinsip dan akan terus ke depan dalam memperjuang nasib masyarakat teramai," tambah beliau.

Zahrain 'bermasalah' dengan cabang Bayan Baru sendiri?

Selain itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Hj Othman pula berkata, pihaknya sudah lama menjangka Zahrain akan bertindak keluar parti selepas melepaskan kritikan tidak berasas terhadap Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan beliau yang tidak berasas itu. Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri.

"Ini bermakna, beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri. Malah cabangnya sendiri bercadang membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga," kata Mansor.

Mansor berkata, walaupun Zahrain kini bebas mengkritik Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan PR namun Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas mengkritiknya tanpa sebarang sekatan.

erapakatan



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive