Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 26, 2014

GAMBAR PALSU DYANA BERBIKINI DIKESAN DI MASJID



DAP petang ini mendakwa gambar palsu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berbikini yang telah dinafikannya sebelum ini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.

"Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab," kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How yang bertindak sebagai wakil calon bagi Dyana.

"Perkara ini telah dibawa ke perhatian kami semalam semasa mesyuarat dengan Pakatan Rakyat oleh PAS.

"Mereka yang jumpa risalah ini di kawasan Changkat Jong dan mereka bawa kepada perhatian kami," kata Lee selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Hilir Perak, petang tadi.

Tanpa menuding jari kepada BN sebagai dalang di sebalik penyebaran gambar itu, Lee menggesa calon BN, Datuk Mah Siew Keong agar mengecam penyebaran gambar itu, selaras dengan kempen bersih dan adil yang dijanjikannya sebelum ini.

MK

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/5/14 2:54 PG

    Mustahil ahli parti Gerakan yg punya kerja, ia lebih mirip kpd cara UMNO. Apasal UMNO ni, tak takut berdosakah dgn membuat fitnah? Ahli UMNO yg bermaruah, tentunya akan meninggalkan UMNO jika kegiatan kotor ini masih tidak dibendung.

    BalasPadam
  2. Puak ni x takut dosa. Dosa mcm asamgaram je.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive