Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 11, 2009

4,000 katak gagal diseludup



PELABUHAN KLANG – Taktik sekumpulan pekerja Indonesia yang lazimnya menggunakan bot jenis ‘barter trade’ bagi membawa sayur ke negara ini terbongkar setelah pemeriksaan polis di Tanjung Harapan dekat sini, semalam menemui hampir 4,000 katak pelbagai saiz untuk tujuan penyeludupan.

Serbuan kira-kira jam 10 pagi yang diketuai Koperal, Shafieai Tukiman bersama tiga anggota bertugas melakukan peme riksaan selepas memperoleh maklumat daripada orang awam yang menyatakan terdapat kegiatan yang mencurigakan dalam bot berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wilayah Satu (1) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Marzuki Ismail berkata, pemeriksaan di badan bot menemui 27 bakul plastik.

“Kesemua bakul berkenaan ditutup dengan kain kanvas dan pemeriksaan di dalam bakul itu menemui hampir 4,000 katak pelbagai saiz yang dianggarkan bernilai RM4,000.

“Kita percaya mereka menggunakan bot itu bagi menyeludup masuk haiwan liar tanpa permit berkenaan dengan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa kerana bot seperti itu biasanya membawa muatan sayur seperti kobis,” katanya pada sidang media Markas Gerakan Marin Pulau Indah di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, katak tersebut diseludup masuk ke per airan negara dipercayai untuk dijadikan makanan ikan Arowana selain turut dijadikan umpan kaki pancing.

Marzuki berkata, semasa serbuan itu dilakukan di dalam bot berkenaan, terdapat seorang tekong bot bersama 14 awak-awak berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun.

“Kesemua mereka memiliki rekod perjalanan yang sah, namun tekong bot yang berusia 45 tahun itu ditahan kerana kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini sehingga semalam, sebanyak 280 kes pelbagai kesalahan direkodkan di seluruh perairan Selangor antaranya, penahanan pendatang asing, penyeludu pan dan perdagangan manusia.

“Bagi penyeludupan haiwan liar, rampasan katak adalah kali kedua manakala yang pertama pula cubaan menyeludup burung murai pada awal tahun ini,” katanya.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive