Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 24, 2009

ROADSHOW YANG DIPERSIA | Nizar News




Pilihanraya Umum ke Dua belas memberi banyak erti serta pengajaran buat rakyat Malaysia. Secara khususnya majoriti pengundi memilih kepada perubahan. Kuasa Memerintah Barisan Nasional diParlimen dikurangkan dibawah 2/3 manakala Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah beberapa buah Negeri termasuklah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Malang tidak berbau, genap 11 bulan Pakatan PAS-DAP-PKR menerajui Pentadbiran Negeri 3 ADUN berpaling tadah. Mereka mengambil keputusan mengubah selera lantas memberikan majoriti kepada BN bagi tujuan merampas kuasa diNegeri Perak. Pengorbanan besar yang dibuat oleh Jamaluddin dan Osman dengan melepaskan jawatan berpengaruh (EXCO) adalah sesuatu yang luarbiasa.

Pendokong serta penyokong Pakatan Rakyat terus teguh dibelakang pemimpin bagi mempejuangkan hak yang telah dicabul. Didalam beberapa usaha untuk mendapatkan kembali Kuasa beberapa tuntutan telah dibawa keMahkamah. Rakyat terus memberikan komitmen dengan beramai-ramai hadir keMahkamah memberikan sokongan. Sampai kehari inipun beberapa Kes yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak masih belum selesai. Para penyokong ketepikan segala kepentingan lain. Demi menebus maruah, mereka sentiasa berada dibelakang Pemimpin. Apa saja yang dianjurkan oleh pimpinan mereka tidak akan mempersoalkannya malah terus setia dan bersedia menurut. Sewaktu pemimpin mereka tidak dibenarkan masuk keBangunan SUK Negeri mereka bersama-sama menikmati suasana panas terik dikawasan itu.

Pakatan Rakyat terus berusaha dengan mengumpul Tandatangan seluruh Rakyat Negeri Perak dengan harapan pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak memekakkan telinga terhadap harapan Rakyat itu. Aktiviti ini diikuti pula dengan beberapa siri Roadshow yang diadakan dikawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri. Bagaimana susah sekalipun untuk menganjurkannya para pendokong dan penyokong tetap cekal menyempurnakan. Jika sekiranya mereka dikehendaki melakukan satu pusingan lagi Roadshow tersebutpun mereka akan akur.

Kini perkhabaran yang terbaru yang penyokong dengar kesemua ADUN Pakatan Rakyat telah mengubah fikiran dan menyatakan akan tetap hadir Persidangan DUN pada 28hb. Oktober nanti. Mereka memberikan alasan teknikal bahawa kehadiran mereka adalah atas jemputan Sivakumar. Dalam pada itu ADUN dari Pakatan telah diperingatkan supaya jangan membuat kacau manakala Sivakumar pula telah diminta memulangkan Jubah Speaker sebelum tarikh tersebut.

Walau apapun bunyinya alasan, mereka sebenarnya telah membelakangkan prinsip. Mereka akan hadir sebagai satu barisan Pembangkang yang kuat. Tidak secara langsung mereka mengiktiraf Kerajaan BN yang sebelumnya begitu lantang mereka katakan haram.

Pengorbanan serta penat jerih yang telah dilalui oleh para penyokong dipersia-siakan begitu saja. Selepas pada ini percayalah para penyokong yang masih ada tidak akan begitu mudah menurut saja apa yang hendak para pemimpin anjurkan. Sudah tentu mereka akan tersedar dari lamunan yang selama ini mereka telah membuang masa dan mengabaikan lain-lain tanggungjawab.

Saya menulis semua ini supaya para Pemimpin Pakatan Rakyat dapat berfikir sejenak. Apakah yang menjadi Priority mereka sekarang. Bagaimana mahu dinilai pengorbanan para pendokong Parti yang telah sekian lama mengharung derita? Dalam Roadshow rakyat diyakinkan yang BN sedang memerintah Perak secara haram itulah sebabnya Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan. Tetapi apabila ADUN-ADUN dalam Pakatan mengubah keputusan untuk turut hadir Persidangan pada 28hb tidak pula ada sebarang penjelasan.

ahmadzawawi


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive