Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 27, 2009

Bubar Dun segera, kembalikan kestabilan politik Perak | Nizar News



Ustaz Abu Bakar Hussain

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama: PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua: PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan 'samseng-samseng' yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang.

PAS Perak melihat tindakan 'samseng-samseng' yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak 'samseng-samseng' ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.

Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.

Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional.

PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan.

harakahdaily


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive