Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 24, 2009

Tian Chua bukan penjenayah | Nizar News



Tian Chua Dihukum 6 Bulan Penjara, Denda 3 Ribu Ringgit

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda RM3 ribu ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Beliau didapati bersalah terhadap tuduhan mengigit seorang anggota polis dan menghalangnya bertugas.

Tian sebelum itu ditahan apabila terlibat dalam Bersih membantah pindaan perlembangaan melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu berat sebelah apabila tindakan Tian Chua itu semata-mata menegakkan keadilan untuk rakyat, bukan tindakan jenayah.

“Saya memandang keputusan itu adalah satu keputusan yang saya rasa tidak sesuai dalam keadaan saudara Tian Chua yang pada masa itu menjalankan satu usaha untuk mengembalikan apa juga kekuatan rakyat, mengembalikan kuasa kepada rakyat”, kata Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah, Kompleks Logistik Bersepadu di Seksyen 23, Shah Alam hari ini.

Walau bagaimanpun, mahkamah memberi kebenaran menangguhkan hukuman untuk memberi peluang kepada Tian Chua mengemukakan rayuan.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Tian Chuan tidak membuat satu perkara yang boleh dianggap sebagai jenayah, ini satu perkara memperjuangkan demokrasi dan pada saya keputusan yang dibuat itu tidak memperlihatkan bahawa kerajaan yang adil itu dan kerajaan yang mendahulukan rakyat tidak akan melakukan keputusan tersebut”, katanya lagi.

tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Kalau nak duduk di Malaysia kenalah ikut bagai LEMBU di tarik hidungnya.Rakyat di dahulukan . Saudara Tian Chua dikenakan penjara 6 bulan dan denda RM 3000.00 kerana gigit polis .Tapi bila FRU pukul dan cederakan rakyat tiada tindakkan Mahkamah walaupun beribu ribu laporan polis dibuat oleh rakyat.Bijaknya P.Ramlee buat filem TIGA ABDUL dimana ada slot perjanjian berat sebelah diucapkan oleh P.Ramlee kepada bakal mentuanya.Seolah olah P.Ramlee boleh ramalkan perkara perbuat BERAT SEBELAH akan di praktikkan oleh Mahkamah Malaysia .hj jamaludin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive