Rabu, Oktober 21, 2009
UMNO Meludah Ke Langit....Sekali Lagi | Nizar News
Reaksi pemimpin Umno-Barisan Nasional terhadap cuti enam bulan Zaid Ibrahim dari PKR memang sudah dijangka.
Ia juga melucukan. Sekali lagi kenyataan-kenyataan oleh pimpinan Umno sekadar menzahirkan sindrom meludah ke langit dalam keghairahan parti itu membidas pihak lawan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bingkas mengatakan percutian Zaid itu menunjukkan PKR bermasalah dan parti itu di bawah telunjuk seorang sahaja – Anwar Ibrahim.
Khairy turut menyifatkan Zaid sebagai seorang berprinsip yang kononnya tidak tahan lagi dengan politik Keadilan.
Dalam kegelojohan membidas Keadilan dan Ketua Umum parti itu, Khairy buat-buat lupa Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet ketika bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Zaid sendiri angkat kaki dari Umno sebelum parti itu memecatnya.
Ketika itu, tidak pula ada kenyataan dari Khairy mengenai kepincangan Umno atau kualiti kepemimpinan bapa mertuanya sehingga memaksa seorang berprinsip seperti Zaid meninggalkan parti itu dan mencalar lagi kewibawaan Umno.
Sebaliknya pemimpin-pemimpin Umno begitu ghairah membidas Zaid sebagai orang yang kurang Melayu, tidak tahu mengenang budi dan bermacam-macam lagi.
Kritikan peribadi terhadap Zaid turut berulang apabila beliau menyertai Keadilan enam bulan lalu. Sekali lagi tidak sesiapa dari Umno tampil mengatakan Umno harus memeriksa diri kerana pemimpin berkebolehan seperti Zaid boleh menolak parti itu dan memilih Keadilan.
Apabila Zaid mengumumkan hasrat bercuti sementara dari ahli biro politik PKR, maka kedengaranlah suara-suara sumbang dari Pemuda Umno dan kepimpinan tertinggi Umno bahawa ini petanda jelas Keadilan tidak boleh diharap.
Selain Khairy, turut memberikan pendapat “ilmiah” sebegitu ialah Naib Presiden Umno Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi Puad Zakarshi. Komen mereka hanya menzahirkan sifat hipokrit dan bacul pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Khairy dan konco-konconya.
Mereka mengkritik semata-mata kerana nampak ada “gol terbuka” untuk membidas pihak lawan.
Dalam kegelojohan itu, Khairy dan rakan-rakan lupa kegagalan sendiri mempertahankan Zaid ketika beliau secara berprinsip menentang tindakan Umno menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan sewenang-wenangnya.
Menyentuh tindakan terbaru Zaid, Khairy dan rakan-rakan juga “buat-buat” lupa bahawa Zaid sendiri menjelaskan beliau hanya mahu direhatkan daripada tugas-tugas Biro Politik Keadilan.
Ini untuk memberi ruang secukupnya kepada beliau untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi membolehkan gagasan itu didaftar sebagai sebuah parti bagi memastikan “sistem dua parti” di Malaysia menjadi realiti politik.
Tidak dinafikan ada percanggahan pendapat dalam Keadilan dan setiap perbedaan pendapat antara pemimpin, baik dalam Keadilan atau di peringkat Pakatan Rakyat akan digembar-gemburkan oleh media arus perdana.
Dengan bersandarkan orang-orang seperti Khairy, Shafie dan Puad Zakarshi, media arus perdana sentiasa akan mencukupi “pelakon dan penari” untuk sentiasa mencerna pelbagai cerita, mitos dan dongeng mengenai Pakatan Rakyat.
“Percutian” Zaid Ibrahim sebagai petanda Keadilan menghadapi kehancuran hanya satu lagi lipatan mitos sebegitu.
tva
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Oktober
(239)
- Keputusan TM Piala Malaysia 31 Oktober 2009 | Niza...
- Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan
- Wira Merah mahu gempur Kangar | Nizar News
- Temerloh ‘bandar pukau‘ | Nizar News
- Dr Asri akan sertai parti politik? | Nizar News
- Gempaq!!! Sejadah Tidoq | Nizar News
- Badrul Tidak Layak Wakili PKR | Nizar News
- Bukti kebenaran Al Quran
- Bajet Gampang | Nizar News
- Mayat Juruterbang Pesawat Terhempas Ditemui | Niza...
- PR tidak pernah iktiraf Ganesan sebagai speaker | ...
- Musim Katak Melompat Tiba Lagi | Nizar News
- Gambar Lucah Handphone | Nizar News
- PAS Selangor diseret ke JK disiplin | Nizar News
- Ronnie Nafi Pejabat Rasmi Digunakan Untuk Kegiatan...
- BN Tolak Usul Tragedi 1 Malaysia | Nizar News
- Nasa bersedia lancar roket ke bulan
- Wartawan penuh dok tunggu mesyuarat khas JK PAS Pu...
- Apakah berlaku dalam PAS malam ini? | Nizar News
- Jambatan Cap Ayam di era 1 Malaysia | Nizar News
- EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara ...
- Dr Asri tanya 7 soalan kepada PAS | Nizar News
- Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang Teoh ...
- Keputusan TM Piala Malaysia 27 Oktober 2009 | Niza...
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah ditahan | Nizar News
- Setiausaha Agung PKR tidak letak jawatan | Nizar News
- Kosmo! sila tarik balik artikel Memali | Nizar News
- Bn Silap Besar Mengharapkan Perpecahan Dalam PAS |...
- Tragedi Jambatan Gantung | Nizar News
- Thamrin ganti tempat Azmin Ali | Nizar News
- Bubar Dun segera, kembalikan kestabilan politik Pe...
- Mesyuarat Pas 28Oktober,Tentukan EGM-Mustafa Ali |...
- 'Hantu' MJ lawat keluarga, kata La Toya | Nizar News
- Nizar mohon Sultan Perak tangguh sidang | Nizar News
- Cuba kalau yang menang di Bagan Pinang itu PAS | N...
- PAS Yang Belum PAS | Nizar News
- Bajet Gula-gula Najib Gagal Tutup Asas Kekuatan Ek...
- Kubur Teoh Beng Hock akan digali semula?
- Awas puting bayi!
- Stoner Menang MotoGP Malaysia,Rossi Juara Dunia | ...
- Adun BN mengaku bakar jentolak | Nizar News
- Kenapa Nik Aziz melenting? | Nizar News
- Sejadah berdiri menguji iman | Nizar News
- Kanak-kanak dijadikan pemuas seks
- Pemuda Umno Perak takut berdebat | Nizar News
- 'Samseng' diupah kawal sidang DUN Perak? | Nizar News
- Lawak Ahad : Polis Layan Monyet | Nizar News
- Siasatan Telus Untuk Kes Teoh Beng Hock-Ean Yong
- Keputusan TM Piala Malaysia 24 Oktober 2009 | Niza...
- ROADSHOW YANG DIPERSIA | Nizar News
- Tian Chua masih anggota Parlimen Batu - SPR | Niza...
- Bukan Senang Nak Buang 'Kelemumur' | Nizar News
- Pengerusi PKR Sabah: Azmin bakal lepaskan | Nizar ...
- Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN | Niz...
- Rakyat nikmati Internet HSBB bermula tahun depan |...
- Lelaki upah RM5 culik, rogol budak perempuan | Niz...
- Tian Chua bukan penjenayah | Nizar News
- Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah | Ni...
- Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
- PAS bawa laporan Ketua Audit ke SPRM | Nizar News
- Kepala Hotak Hanglah Celcom | Nizar News
- Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
- BN wajib hormat rakyat Perak | Nizar News
- Umno Buat Kajian Spesis Terancam | Nizar News
- Mati berebut kerbau | Nizar News
- Ahmad Tidak Akan Tunduk Tuntutan ADUN | Nizar News
- Slogan Najib bukan ancaman | Nizar News
- Orang Melayu Mula Terima PR- Nizar
- Tuduh Presiden Pas Pro Umno | Nizar News
- 1Malaysia | Nizar News
- Jangan Buat Lawak Kononnya UMNO Sudah Insaf | Niza...
- UMNO Meludah Ke Langit....Sekali Lagi | Nizar News
- Bubar Dun Perak, Pakatan Rakyat jangan tersalah la...
- Kereta Exco CBD 88 isi minyak RM200 selang seminit...
- 35 Sejadah Berdiri Secara Berjemaah | Nizar News
- SPEAKER HALAL vs SPEAKER HARAM | Nizar News
- Keputusan TM Piala Malaysia 20 Oktober 2009 | Niza...
- Mengapa Ali Rustam anggap kekuasan Umno sebagai ‘r...
- Pas dah gerun dengan Umno? kah kah kah lawak betoi...
- Pakatan Rakyat Kedah melepasi tempoh percubaan | ...
- Belanjawan 2010 Enjin Ekonomi Selangor | Nizar News
- Zamry dicabar tunjukkan bukti! | Nizar News
- Celcom Menang Anugerah | Nizar News
- Nizar Selar Kenyataan Najib
- Laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan dirujuk ...
- Pelabur risau internet di Malaysia lembab | Nizar ...
- Gangguan sidang Dun, Najib perlu cermin diri | Niz...
- 16 September Cuti Umum: Hasrat Anwar Tercapai | Ni...
- Umno Tetap Parti Yang Sudah Lemah, 1Malaysia akan ...
- LUAR PAGAR... | Nizar News
- Isu Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pa...
- Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid | Nizar News
- Kerajaan PR Kedah Tidak Tergugat | Nizar News
- Serang polis kerana mercun
- Tukar United Malay Jadi United Muslim | Nizar News
- Ulat Parking Kaki Pow | Nizar News
- Ambil cuti tunai haji, tiada krisis dalaman | Niza...
- Tujuh mitos, tujuh pembohongan | Nizar News
- PAS tidak bimbang dengan perubahan Umno | Nizar News
- Ke mana trend pengundian orang India? | Nizar News
-
▼
Oktober
(239)