Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 29, 2009

Musim Katak Melompat Tiba Lagi | Nizar News



ADUN keempat keluar PKR

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

malaysiakini


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

7 ulasan:

  1. biaqpila dia nak lompat..dah pakatan rakyat mcm haram jadah.kahkahkah
    mampos la pas, pkr & dap.

    BalasPadam
  2. musim hujan kot masa ni banyak ikan kat kolam sebelah sana tu

    BalasPadam
  3. atau banyak serangga yang lazat sebelah sana

    BalasPadam
  4. Komando Amal Parit29/10/09 8:24 PTG

    Biaq pi laa.Simpan pun tak dak gunanya.Tak sesuai jd wakil rakyat.PR teruskan operasi pemutihan.Tak kira parti mana pun xda kualiti dan malas berkhidmat pada rakyat..U OUT!!!

    BalasPadam
  5. lain kali kena tapis betul-betul kalu nak pilih pemimpin atau wakil rakyat. kualiti mesti ada. jangan tenguk pada rupa atau kata-katanya saja yg nampak hebat tp hati dan budi cukup rendah. tambah2 pejuang2 generasi yg lahir diera budaya politik wang zaman kekuasaan Mahadir (bermula tahun2 90han,,). zaman dimana "prinsip dan moral perjuangan" hanya mainan pemanis kata, "lips service"- politik cari nak makan! Tunggu habuan. lompat.... "enjut2 katak, sapa lompat dia dapat".. hoi..."sapaa lompat dia dapaaaaaaaaaat.....$$$$$$$$$ "

    BalasPadam
  6. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Hati mana tak sakit kalau menjadi YB di Selangor tapi peruntukkan kewangan terhad . Macammana nak memberi 100% kepuasan kepada penduduk Pelabuhan Kelang jika peruntukkan kewangan dihadkan ( alasannya Pakatan Rakyat nak berjimat cermat ). Dari gambar yang diselitkan di mana ada seorang awek di sebelah YB semasa sidang akhbar ,agaknya kos untuk jadi awek YB Pakatan Rakyat mungkin tidak mencukupi untuk beli perfume,make up , dressing , spa ,kasut , pakaian dalam .So YB Pelabuhan Kelang harus mengikut langkah Adun Lunas yang mana tuntutan nya sebanyak RM 148,000.00 di dapati ok tiada usul penyelewengan oleh pihak SPRM .So MB Selangor tolong up kan lagi gaji YB YB Pakatan Rakyat Selangor supaya YB YB dapat full fill kos penyelenggaraan awek awek seperti di gambar di atas.Biar Bergaya awek2 YB. hj jamaludin

    BalasPadam
  7. Astaghfirullah,,, sedar tak menjadi pemimpin ini kerja yg mulia.. tanggungjawabnya amat besar... kalau fikir dunia memang bole selamat tapi akhirat itu kekal abadi... Manusia akhir zaman memang dah tertulis begini... Setiap perbuatan itu akan dihisap baik dan buruk amalannya...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive