Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 22, 2009

Umno Buat Kajian Spesis Terancam | Nizar News

Memang patut Umno buat kajian mendalam,sebab ni dah dikira spesis terancam.Payah nak jumpa kat alam maya sekarang ni.Kalau ada pun sekoq dua saja spesis ni yang masih wujud kat bumi.


Hasrat Ibrahim Ali sertai UMNO akan dikaji: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Datuk Ibrahim Ali mempunyai keistimewaan dalam berpolitik, bagaimanapun hasrat beliau sertai UMNO akan dikaji.

Menurutnya, UMNO tidak akan menyekat hasratnya untuk menyertai parti sebaliknya permohonan akan diteliti sebelum keputusan mendalam dilakukan.

“Semua orang kenal Datuk Ibrahim Ali. Dia ada keistimewaan. Cara politik dia ada keistimewaan. Keistimewaan pada cara dialah. Bagaimanapun, kita tidak akan membuat keputusan secara gopoh atau gelojoh jika betul beliau hendak masuk UMNO.

“Kita akan bawa kepada Majlis Tertinggi, setiap keputusan akan teliti adakah wajar atau tidak, sama ada permohonan dibuat atas kesungguhan, keikhlasan dan berdasarkan rekodnya sebelum ini akan dinilai. Setakat ini belum ada permohonan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyertai semula UMNO jika perubahan yang dituntut pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemah untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan peribumi.

Ketika ditanya sama ada keistimewaan politik Ibrahim boleh digunakan untuk membantu memperkukuhkan kedudukan UMNO di Kelantan, Muhyiddin berkata perkara itu akan dikaji.

“Kata orang ada pro dan kontra. Saya fikir kita akan bersikap terbuka dalam soal ini kerana mungkin beliau telah insaf, sedar bahawa satu-satunya parti yang berkesan untuk memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara ialah UMNO. Mungkin dia rasa agak rasa terasing, itulah pandangan saya. Apapun terserahlah pada beliau.

“Dia (Ibrahim) ini lain, dia pernah keluar UMNO dan sertai parti lain. Bagi parti, bila ada pihak yang berminat kita akan lihat kes atas merit permohonan yang berkenaan dan bukan atas dasar umum, adakah kes ini wajar dipertimbangkan. Kalau dia berminat, kita akan teliti,” katanya.

Muhyiddin turut mengakui bahawa sejak UMNO melakukan perubahan, ramai yang berminat untuk menyertai parti itu tidak kira sama ada ahli yang pernah keluar dari parti atau ahli baru.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive