Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 17, 2009

Zaid Ibrahim Undur Diri, Mahu Tumpu Perkukuh Platform Pakatan Rakyat | Nizar News



Mantan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mahu menumpu sepenuh perhatian merumuskan platform asas untuk Pakatan Rakyat sempena Persidangan Pakatan Rakyat Disember dapan.

Sehubungan itu, Zaid memohon cuti enam bulan dari PKR supaya beliau tidak dikekang dari hal ehwal politik.

“Fokus saya sekarang adalah membantu Pakatan Rakyat di mana saya untuk merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan di dalam PR,” katanya.

Zaid telah menghantar surat rasmi menjelaskan hasrat ini kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Salehuddin Hashim.

Mantan Menteri Umno itu dibawa masuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal tahun ini. Beliau diberi tanggungjawab untuk merumuskan platform PR menghadapi pilihanraya umum ke-13, dengan matlamat merampas Putrajaya dari Umno-BN.

Zaid berkata platform PR kini berada di peringkat terakhir dan draf akan dihantar kepada pimpinan kanan PKR, DAP dan Pas minggu hadapan.

Beliau berharap Persidangan PR nanti meluluskan usul tersebut.

Di ruang maya, Zaid berkata menghadapi tentangan dari kelompok tertentu dalam PKR,
beliau menafikan desas-desus perseteruan dengan mana-mana pihak.

Sementara itu, pejabat setiausaha Agung PKR mengesahkan menerima surat bercuti daripada Zaid

tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive