Ahad, Oktober 25, 2009
Sejadah berdiri menguji iman | Nizar News
ASSALAMUALAIKUM….
Maaf kerana agak lama tidak menulis. Kali ini tergerak di hati saya untuk mengulas satu isu yang agak melucukan saya : Sejadah berdiri. Cerita sejadah berdiri seingat saya sudah lama diperkatakan. Dulu ianya tidak sensasi kerana media tidak memainkan peranan. Tapi sekarang jadi cerita sensasi pulak bila media yang mensensasikannya.
IMAN DAN PERCAYA
Saya sebagai seorang islam hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda tidak dapat tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya diterjemahkan melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada beberapa asas iaitu kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga dan enggan kepada dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana takutkan perkara – perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas titian sirat, matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam peluh sendiri, timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi peristiwa akhirat. Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian kita. Tidak ada siapa pun di antara kita yang pernah melihatnya. Kalau ada tentulah mustahil sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan kembali semula ke situ. Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa tadi? Mestilah melalui Kalam Allah dan Sabda Rasulnya. Percaya saya kepada keduanya adalah sepenuhnya tidak berkurang sedikit pun walaupun hanya sekadar cerita. Jika tidak begitu, cacatlah iman saya!
Ada pun percaya kepada manusia hendaklah dengan hati hati dan tidak mutlak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )
Ayat di atas meminta kita menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan kepada kita. Jangan terus mempercayai sepenuhnya.
BERDIRI SENDIRI ATAU ADA YANG MENDIRIKAN?
Selepas media melaporkan sejadah berdiri di dalam surau sebuah sekolah di Kelantan, hari – hari berikutnya turut menyaksikan sejadah turut berdiri di beberapa tempat lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang. Yang menariknya sejadah yang dikatakan berdiri sendiri itu bukannya berdiri tegak seperti persepsi saya semasa mula – mula membaca tajuk isu berkenaan. Rupanya selepas melihat gambar, tidak seperti yang disangkakan. Keadaan yang boleh dibuat oleh tangan manusia.
Soalan : Bolehkah beberapa orang budak nakal menceroboh masuk ke surau tersebut pada waktu malam dan meletakkan sejadah mengikut acuan orang yang sedang duduk solat?
Soalan lagi : Tidak perasankan bahawa sejadah itu yang jenis tebal dan keras semuanya? Mengapa tidak ada yang nipis?
YANG TAK HAIRAN DAN YANG HAIRAN
Yang Tak hairannya bagi saya ialah :
1) Sejadah yang dikatakan berdiri tapi tak berdiri pun. duduk saja.
2) Media yang kerjanya adalah untuk mencari cerita menarik dan mensesasikannya walaupun tahu isu itu hanya untuk bagi laku akhbar saja.
Yang hairannya pula ialah : ORANG RAMAI YANG BERPUSU-PUSU MELIHAT KEJADIAN YANG BELUM TENTU BENAR ATAU TIDAK. LAINLAH KALAU KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI.
Secara tak langsung orang yang datang tengok dah diperbodohkan oleh orang lain. Saya rasa orang yang buat kerja tu tengah gelakkan orang yang percaya. Media pun sama sekali la. Mungkin mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.
KHURAFAT DAN TANGGUNGJAWAB
Janganlah kejadian seperti ini membawa kepada khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang islam. Sepatutnya orang yang mula-mula melihatnya kena sembunyikan cerita dan jadikan ianya pengajaran untuk diri sendiri bukannya menyebarkan kepada orang lain yang belum tentu selamat dari fitnah atau tidak. Kalau betul pun, itu untuk dirinya. Nah sekarang apa dah jadi? pening orang dibuatnya. Kalau kejadian itu palsu habis semua kena tipu. Mana lebih baik dia sorang yang tertipu berbanding semua orang kena tipu. Tengoklah sekarang ni sejadah tempat lain pun berdiri sama. Ntah-ntah esok lusa semua sejadah di semua masjid berdiri habis.
MANA LEBIH BAIK ANTARA PERCAYA DAN TIDAK?
Bagi saya lebih baik jangan percaya sebab cerita tu datang dari manusia bukannya dari Al-Quran mahupun Hadis. Biarlah orang yang melihatnya sahaja yang percaya dan menganggap dirinya dipilih untuk melihat kejadian tersebut. Untuk orang lain…selidik dahulu dan jika ada alasan yang kukuh untuk dipercayai, terpulanglah. Asas yang boleh dilihat untuk percaya cerita seseorang ialah si pencerita itu adil atau tidak( maksud adil ialah tidak fasik / tidak melakukan larangan Allah dalam kehidupannya ). Syarat ini bertepatan dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat.
Si pendakwa kejadian ini boleh kiaskan ianya dengan mimpi. Jika seseorang itu bermimpi perkara yang baik, eloklah diceritakan kepada ahlinya sahaja yang pandai menafsirkan mimpi. Tidak boleh diceritakan kepada sebarangan orang takut nanti disalah tafsirkan mimpi itu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi mimpi buruk, jangan diceritakan kepada sesiapa. Itu yang diajar oleh islam.
حديث أبى سعيد الخدرى : إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبها ،فإنما هى من الله ،فليحمد الله عليها وليحدث بها،وإذا رأى غيرذلك مما
يكره فإنما هى من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang mula-mula melihat sejadah dalam keadaan” berdiri” itu. (Pada saya duduk.tengok gambar betul-betul).
PENGAJARAN
1) Selidik cerita adalah suruhan Allah.
2) Jadikan kisah tafsir mimpi sebagai timbangan.
3) Iman manusia mudah terusik jika diuji sedikit sahaja oleh Allah S.W.T.
4) Bertaubatlah dari segala bentuk penipuan jika ada.
5) Mendirikan solat tetap kewajipan kepada semua orang islam. Jangan abaikan. Berita balasan neraka lebih perlu dipercayai.
Sekian Terima kasih.
Wassalam.
mahyuddinwasoh
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Oktober
(239)
- Keputusan TM Piala Malaysia 31 Oktober 2009 | Niza...
- Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan
- Wira Merah mahu gempur Kangar | Nizar News
- Temerloh ‘bandar pukau‘ | Nizar News
- Dr Asri akan sertai parti politik? | Nizar News
- Gempaq!!! Sejadah Tidoq | Nizar News
- Badrul Tidak Layak Wakili PKR | Nizar News
- Bukti kebenaran Al Quran
- Bajet Gampang | Nizar News
- Mayat Juruterbang Pesawat Terhempas Ditemui | Niza...
- PR tidak pernah iktiraf Ganesan sebagai speaker | ...
- Musim Katak Melompat Tiba Lagi | Nizar News
- Gambar Lucah Handphone | Nizar News
- PAS Selangor diseret ke JK disiplin | Nizar News
- Ronnie Nafi Pejabat Rasmi Digunakan Untuk Kegiatan...
- BN Tolak Usul Tragedi 1 Malaysia | Nizar News
- Nasa bersedia lancar roket ke bulan
- Wartawan penuh dok tunggu mesyuarat khas JK PAS Pu...
- Apakah berlaku dalam PAS malam ini? | Nizar News
- Jambatan Cap Ayam di era 1 Malaysia | Nizar News
- EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara ...
- Dr Asri tanya 7 soalan kepada PAS | Nizar News
- Keluarga Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang Teoh ...
- Keputusan TM Piala Malaysia 27 Oktober 2009 | Niza...
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah ditahan | Nizar News
- Setiausaha Agung PKR tidak letak jawatan | Nizar News
- Kosmo! sila tarik balik artikel Memali | Nizar News
- Bn Silap Besar Mengharapkan Perpecahan Dalam PAS |...
- Tragedi Jambatan Gantung | Nizar News
- Thamrin ganti tempat Azmin Ali | Nizar News
- Bubar Dun segera, kembalikan kestabilan politik Pe...
- Mesyuarat Pas 28Oktober,Tentukan EGM-Mustafa Ali |...
- 'Hantu' MJ lawat keluarga, kata La Toya | Nizar News
- Nizar mohon Sultan Perak tangguh sidang | Nizar News
- Cuba kalau yang menang di Bagan Pinang itu PAS | N...
- PAS Yang Belum PAS | Nizar News
- Bajet Gula-gula Najib Gagal Tutup Asas Kekuatan Ek...
- Kubur Teoh Beng Hock akan digali semula?
- Awas puting bayi!
- Stoner Menang MotoGP Malaysia,Rossi Juara Dunia | ...
- Adun BN mengaku bakar jentolak | Nizar News
- Kenapa Nik Aziz melenting? | Nizar News
- Sejadah berdiri menguji iman | Nizar News
- Kanak-kanak dijadikan pemuas seks
- Pemuda Umno Perak takut berdebat | Nizar News
- 'Samseng' diupah kawal sidang DUN Perak? | Nizar News
- Lawak Ahad : Polis Layan Monyet | Nizar News
- Siasatan Telus Untuk Kes Teoh Beng Hock-Ean Yong
- Keputusan TM Piala Malaysia 24 Oktober 2009 | Niza...
- ROADSHOW YANG DIPERSIA | Nizar News
- Tian Chua masih anggota Parlimen Batu - SPR | Niza...
- Bukan Senang Nak Buang 'Kelemumur' | Nizar News
- Pengerusi PKR Sabah: Azmin bakal lepaskan | Nizar ...
- Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN | Niz...
- Rakyat nikmati Internet HSBB bermula tahun depan |...
- Lelaki upah RM5 culik, rogol budak perempuan | Niz...
- Tian Chua bukan penjenayah | Nizar News
- Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah | Ni...
- Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
- PAS bawa laporan Ketua Audit ke SPRM | Nizar News
- Kepala Hotak Hanglah Celcom | Nizar News
- Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
- BN wajib hormat rakyat Perak | Nizar News
- Umno Buat Kajian Spesis Terancam | Nizar News
- Mati berebut kerbau | Nizar News
- Ahmad Tidak Akan Tunduk Tuntutan ADUN | Nizar News
- Slogan Najib bukan ancaman | Nizar News
- Orang Melayu Mula Terima PR- Nizar
- Tuduh Presiden Pas Pro Umno | Nizar News
- 1Malaysia | Nizar News
- Jangan Buat Lawak Kononnya UMNO Sudah Insaf | Niza...
- UMNO Meludah Ke Langit....Sekali Lagi | Nizar News
- Bubar Dun Perak, Pakatan Rakyat jangan tersalah la...
- Kereta Exco CBD 88 isi minyak RM200 selang seminit...
- 35 Sejadah Berdiri Secara Berjemaah | Nizar News
- SPEAKER HALAL vs SPEAKER HARAM | Nizar News
- Keputusan TM Piala Malaysia 20 Oktober 2009 | Niza...
- Mengapa Ali Rustam anggap kekuasan Umno sebagai ‘r...
- Pas dah gerun dengan Umno? kah kah kah lawak betoi...
- Pakatan Rakyat Kedah melepasi tempoh percubaan | ...
- Belanjawan 2010 Enjin Ekonomi Selangor | Nizar News
- Zamry dicabar tunjukkan bukti! | Nizar News
- Celcom Menang Anugerah | Nizar News
- Nizar Selar Kenyataan Najib
- Laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan dirujuk ...
- Pelabur risau internet di Malaysia lembab | Nizar ...
- Gangguan sidang Dun, Najib perlu cermin diri | Niz...
- 16 September Cuti Umum: Hasrat Anwar Tercapai | Ni...
- Umno Tetap Parti Yang Sudah Lemah, 1Malaysia akan ...
- LUAR PAGAR... | Nizar News
- Isu Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pa...
- Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid | Nizar News
- Kerajaan PR Kedah Tidak Tergugat | Nizar News
- Serang polis kerana mercun
- Tukar United Malay Jadi United Muslim | Nizar News
- Ulat Parking Kaki Pow | Nizar News
- Ambil cuti tunai haji, tiada krisis dalaman | Niza...
- Tujuh mitos, tujuh pembohongan | Nizar News
- PAS tidak bimbang dengan perubahan Umno | Nizar News
- Ke mana trend pengundian orang India? | Nizar News
-
▼
Oktober
(239)
kalau kejadian tersebut benar2 berlaku..
BalasPadamAllah itu Maha Besar.
Tapi apa yang amat memalukan kalau di lihat dari gambar tersebut, adab masuk ke rumah ibadah tak ikuti (tutuplah aurat tu).itu kan rumah Allah.
Sedih dengan sikap ambil mudah org melayu kita ni.
Maaf terlewat ulas...
BalasPadamSaya tidak nafikan bahawa kejadian tersebut tak mustahil berlaku.Allah Maha berkuasa. Hanya Allah dan orang yang mengalaminya sahaja yang tahu kejadian tersebut palsu atau tidak.
Bagi orang yang tidak menyaksikan kejadian itu harus berhati-hati kerana manusia fasik banyak bertebaran di atas muka bumi ini. Sebab itu islam menyuruh kita menyiasat terlebih dahulu. Jika ada faktor yang tidak meragukan silakan percaya tapi jangan mengharapkan orang lain percaya macam kita percaya kerana masing masing ada pertimbangan ilmu mahupun petunjuk.Dan juga jangan dihebahkan pada orang lain kerana orang awam mudah terdedah kepada khurafat.
Sebenarnya dalam masyarakat kita ada satu golongan yang bermazhab "jahili". Satu ketika mengikut ajaran islam dan satu ketika yang lain tidak. Golongan ini tidak memahami islam sepenuhnya. Pada mereka islam itu hanya ada di surau dan masjid sahaja.Puncanya satu sahaja :tidak mahu belajar.Bila tak belajar maka tak fahamlah.Tidak kira lah di mana pun berada, di suraukah atau di pasar kah atau di jalanan kah.Aurat tetap wajib di tutup dan dosanya tetap berlaku. Apabila di rumah Allah pun tidak teringat bahawa aurat wajib ditutup, jawabnya hati telah mati dari takutkan Allah. Saya bersangka baik bahawa orang yang mendedah aurat itu tidak tahu hukum...tetapi mengapa tidak pergi belajar??dosa tetap berlaku jika tidak mahu ambil tahu hukumnya. Satu anjakan baru perlu dilakukan oleh pihak berwajib saperti mengubah sukatan pelajaran di sekolah-sekolah dengan menjadikan ilmu akidah, fiqh dan akhlak sebagai pelajaran teras dan syarat lulus UPSR contohnya. Barulah pelajar dapat mengetahui hukum berpakaian sedari awal lagi.