Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 20, 2009

Zamry dicabar tunjukkan bukti! | Nizar News



BN berkeras dakwa Genesan Speaker yang sah:

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato' Zamry Abdul Kadir dan Barisan Nasional (BN) dicabar untuk menunjukkan minit perjalanan mesyuarat yang dipanggil penyata rasmi bagi membuktikan Dato' Ganesan telah dilantik dengan sempurna sebagai Speaker Dun Perak, termasuklah upacara angkat sumpah, jika benar diandaikan berlaku perlucutan jawatan Sivakumar dan perlantikan Ganesan sebagai sah.

Ketika menegaskan perkara ini, Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim mengesahkan Ganesan tidak pernah melakukan upacara angkat sumpah Speaker yang sepatutnya seperti yang di nyatakan dalam Perkara 5.(1) Perintah-perintah Tetap Dun Perak iaitu; Sumpah yang hendak dilafazkan mengikut seperti yang disebutkan dalam perenggan (1) Fasal xlvii Bahagian I. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak hendaklah dijalankan oleh Setiausaha Dewan dan tiap-tiap kali yang mengangkat sumpah hendaklah menurunkan tandatangan dalam sebuah buku yang akan disimpan bagi tujuan itu oleh Setiausah Dewan."

Mengulas lanjut, Khalil yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat berkata, usul untuk melucutkan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sebenarnya dikemukakan kepada Speaker yang ingin dilucutkan iaitu V Sivakumar sendiri dan mengikut peruntukan yang terdapat dalam peraturan tetap, Sivakumar mempunyai kuasa mutlak untuk menolak apa-apa usul termasuklah usul untuk melucutkan beliau.

Tegasnya, pada 6 Mei 2009 lalu, Sivakumar telah mengeluarkan notis bertulis menolak usul tersebut. Dengan itu segala usul yang berkaitan dengan usul memecat dan melantik Speaker yang baru adalah terbatal dan tiada dalam agenda, melainkan agenda jahat BN dan Umno untuk menncapaikan hasrat jahatnya walaupun sekali lagi melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

Beliau menjelaskan, ini bererti persidangan Dewan pada 7 Mei hanya titah perasmian oleh DYTM Raja Muda Perak dan setelah itu penangguhan dewan dan tidak ada agenda pelucutan dan perlantikan Speaker baru.

"Kerana sudah sangat terdesak dengan arahan dan tindakan Speaker yang menghalau 10 orang Adun yang telah digantung oleh Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan, dalam keadaan itu adalah prosuder biasa yang dijalankan oleh Speaker Sivakumar menyusun kedudukan dewan sebelum kembali ke Bilik Diraja mempersilakan DYTM Raja Muda Perak untuk merasmikan dewan," jelasnya.

Pada ketika itulah, kata Khalil, kekecohan yang berlaku dan dewan belum lagi bermula, namun BN bertindak seperti "basuh dulu baru berak" dengan kononnya melucutkan jawatan Sivakumar dan melantik Speaker haram, Ganesan.

Tindakan kebudak-budakkan inilah yang sedang dipertahankan oleh Ganesan dan BN, dan hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya dengan dakwaan itu, katanya lagi.

Kemuncak dari itu, tegas beliau, bila Dun Perak pada suatu masa mempunyai dua Speaker, akhirnya Speaker yang sah di angkat keluar oleh "samseng" upahan yang dibawa dari luar bagi menjayakan niat jahat BN tersebut.

Khalil yang juga mengesahkan Setiausaha Dewan pada masa itu, Abdullah Antong Sabri tidak berada di tempat sidang haram melantik Speaker dan di hadapan siapakah lafaz sumpah itu dilafazkan?

Melainkan BN akan berbohong mengatakan Abdullah Antong berada di situ semasa sumpah diadakan, ujarnya.

Beberapa alasan beliau itu, tegas Khalil, membuktikan Ganesan adalah Speaker haram yang sekarang ini menyamar sebagai Speaker, dengan itu beliau mendesak supaya Genesan segera berundur dan mengosongkan Pejabat Speaker yang didudukinya kerana ianya adalah harta rakyat yang telah disalahgunakan.

detikdaily


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Bodoh! /BN dah dpt majoruti DUN yg ko nk bbelit lg nk buat ape. Apakah majoriti tak boleh lantik speker. Budak sekolah PASTI ke ko. Smpai kira tak tahu.

    BalasPadam
  2. even majoroti..mmg boleh lantik speaker..tp kena ikut procedure..mane leh taram je..kalo usul xdiluluskan speaker asal..mane bleh bahas atau undi..

    langgar undang2 n perlembagaan lak tu..haprak btol BN..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive