Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 24, 2009

Pengerusi PKR Sabah: Azmin bakal lepaskan | Nizar News


KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dijangka melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sabah hujung minggu ini ekoran desakan sesetengah pemimpin di negeri tersebut.

Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.

Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Bagaimanapun, beliau menafikan keputusan tersebut diambil ekoran desakan 18 daripada 25 pemimpin bahagian yang didakwa menyokong hasrat Dr Jeffrey meletakkan pemimpin Sabah sendiri untuk menerajui PKR Sabah.

"Tidak terdapat sebarang memorandum. Tiada kebenaran dalam laporan itu. Itu bukan merupakan isu," kata Azmin kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Azmin menjelaskan pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara dan bertujuan untuk memperkukuhkan parti.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Gombak itu dalam satu temuramah eksklusif bersama mStar berkata, lantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi membantu memperkukuhkan parti.

"Biro Politik lantik saya untuk bantu ahli di Sabah, malah dalam pertemuan pertama saya tiga bulan lalu dengan pemimpin Sabah juga saya sudah jelaskan bahawa lantikan saya hanya untuk sementara.

"Masa yang diberikan untuk saya lebih kurang tiga hingga enam bulan, tapi kalau pencapaiannya baik, kedudukan PKR di Sabah makin mantap tempoh itu akan dikurangkan.

"Saya sendiri katakan bahawa parti akan melantik pemimpin tempatan sebagai ganti saya nanti, tapi tugas saya pada ketika ini untuk kuatkan parti dahulu," katanya.

Menurut Azmin, pemimpin PKR Sabah telah membuktikan mereka bertenaga untuk memimpin parti di sini dan Presiden akan menentukan Pengerusi PKR Sabah berikutnya.

"Para pemimpin Sabah telah mengemukakan pandangan masing-masing dan akan menerima keputusan Presiden," katanya.

Tambah Azmin, perubahan pucuk pimpinan itu bukan sahaja terhad di Sabah semata-mata bahkan ahli-ahli jawatankuasa penyelaras negeri di Semenanjung Malaysia.

Azmin berkata para pemimpin PKR Sabah telah dilarang mengeluarkan kenyataan media dan dinasihatkan meluahkan pandangan mereka dalam parti sahaja.

Sementara itu, Dr Jeffrey berkata pelantikan sebarang pemimpin PKR Sabah adalah budi bicara Presiden parti.

utaraonline


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Urusan Sabah tu biarlah dipimpin pemimpin dari Sabah sendiri. Azmin boleh tumpukan kpd sisatan Selcat, percepatkan dan bawa Khir Toyo ke muka pengadilan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive