Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 24, 2009

Rakyat nikmati Internet HSBB bermula tahun depan | Nizar News


KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka dapat dinikmati oleh pengguna pada pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pelaksanaan projek HSBB secara usaha sama dengan Telekom Malaysia (TM) yang merangkumi rangkaian akses, rangkaian teras dan rangkaian antarabangsa sedang dalam ujian menyeluruh dan dijangka siap pada akhir tahun 2009.

“Rangkaian akses sedang dalam perancangan terperinci melibatkan pemasangan dan ujian penerimaan yang dijangka akan siap secara berperingkat.

“TM telah memulakan kerja-kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastruktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawatnya di seluruh negara meliputi empat ibu sawat di kawasan Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail yang dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu status kemajuan perluasan perkhidmatan HSBB yang dijalankan oleh TM dan status peranan Jalur Lebar Nasional Sdb. Bhd dalam projek ini.

Menurutnya, rangkaian akses akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui 1.3 juta premis di kawasan Lembah Klang, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan zon-zon ekonomi dan industri negara.

“Bagi rangkaian teras, sebahagian besar teras utama domestik negara telah siap dipasang dan dalam peringkat ujian penerimaan sementara bakinya pula sedang dalam pelaksanaan.

“Dari segi rangkaian antarabangsa pula, sistem kabel dasar laut yang sedia ada dan yang baru seperti sistem kabel dasar laut American Asia Gateway (AAG) sedang dipertingkatkan dan dijangka siap untuk digunakan pada penghujung tahun ini,” katanya.

Menurutnya, Syarikat Jalur Lebar Nasional Sdn. Bhd tidak terlibat dalam pelaksanaan Projek HSBB.

Menjawab pertanyaan tambahan Saifuddin mengenai tindakan ke atas portal berita Malaysiakini yang disiasat berhubung penerbitan video perarakan kepala lembu dan sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien pada September lalu, beliau berkata, tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) itu berlandaskan undang-undang.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive