Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 17, 2009

Menguji IQ Politik | Nizar News

Oleh MohdSayutiOmar


MASIH ingatkah tuan-tuan dan puan-puan dengan orang bernama Mohd Radzi Salleh? Dia ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah. Radzi menang kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu atas tikit PKR. Dia juga dikira beruntung kerana dilantik menjadi Exco Kedah walaupun pengalaman beliau dalam politik dan pentadbiran tidak banyak.

Kedudukan itu adalah tertinggi bagi seseorang Adun selepas Menteri Besar.

Tetapi kedudukan Radzi itu tidak kekal lama. Sebulan atau dua bulan selepas beliau dilucutkan jawatan Exco. Tempat beliau diganti dengan Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR berbangsa Cina. Sudah tentu perlantikan Adun ini dari segi kepentingan kaum ia memberi ruang dan untung kepada masyarakat Cina di Kedah. Orang Cina boleh mempergunakan Adun berkenaan untuk menuntut apa-apa keperluan mereka di negeri itu.

Adapun kenapa Radzi dilucutkan sebagai anggota Exco kerana beliau telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas di DUN Kedah. Menjelang pilihan raya Permatang Pasir, Pulau Pinang beliau telah istyharkan diri menyertai Umno semula, parti lamanya. Alasannya 'semesek' perjuangan PKR di bawah nasihat eksklusif Anwar Ibrahim sudah menyimpang jauh.

Itu hanya alasan saja. Sebenarnya Radzi ada menghadapi masalah lain yang menekan jiwa dan perasaannya. Beliau dikaitan dengan rasuah. Aduan rasuah ke atasnya dibuat oleh pihak tertentu kononya beliau telah membuat tuntutan palsu dan tidak munasabah dengan kedudukannya sebagai Exco. Berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menjalanakan siasatan ke atasnya. Sejak itu hidup dan tumpuan politiknya berbalau-balau.

Semasa siasatan ini berjalanlah beliau telah meralat semula perjuangannya. Merasa perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat merugikan rakyat. Maka beliau kembali semula berjuang dalam Umno. Sehubungan itu beliau hilang kedudukan sebagai Exco yang berprestej itu.

Orang akan menghormat dan menyanjungi Radzi kalau beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno itu atas prinsip perjuangan. Sesiapa pun tidak akan harus bersekongkol dengan perjuangan batil. Adalah wajar dan bijak jika kita mufarakah dari kejahatan dan kebatilan. Kerana berada dalam kebatilan samalah mendiangkan diri pada bahan neraka.

Tetapi apa yang berkudis dalam kepada umum sejauh manakah tindakan Radzi itu berdasarkan prinsip perjuangan? Ada yang meragui tindakan beliau itu. Bahawa beliau bertindak bukan kerana prinsip perjuangan tetapi kerana 'prinsip' ugutan dan tekanan oleh pihak tertentu. SPRM telah digunakan dalam hal ini untuk menekan perasaan Radzi sehingga beliau meninggalkan perjuangan PKR?

Mungkin disebabkan tekanan, ugutan itulah menjadikan beliau selalu berpeluh di dahi, tidak nyenyak tidur dan akhirnya membuat ralat atas atas perbuatan beliau yang tidak salah itu. Bagaimana pun cerita sudah tamat, pihak yang mahu melihat Radzi memberi imej buruk kepada PKR dan kerajaan Kedah sudah pun berlalu. Radzi telah keluar parti dan menentang kerajaan Kedah.

Inilah yang dihajati oleh pihak tertentu dan ia berjaya. Hasilnya Radzi kehilangan jawatan, kehilangan rakan dan dituduh sebagai pengkhianat. Maruahnya sebagai ahli politik juga sudah tercemar.

Dan selepas segala-gala itu khalas, semalam SPRM telah mengumumkan penutupan siasatan ke atasnya berhubungan aduah rasuah kerana membuat tuntutan palsu. Beliau didapati tidak mempunyai kesalahan seperti mana yang diadukan itu. "DPP memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat, dan sumber tenaga negeri itu (Kedah). DPP dapati tuntutan Radzi itu adalah berasas dan tiada maklumat mengaitkannya," begitulah jelas Pesuruhjaya SPRM kedah, Idrus Jaafar.

Di sini apa yang boleh disimpulkan atas apa yang berlaku itu; pertama, bahawa Radzi tidak melakukan rasuah seperti mana yang dituduh itu, kedua, SPRM jelas diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menekan dan menganggu Radzi dengan tujuan memburukkan PKR dan kerajaan Kedah, dan ketiga kerajaan Kedah bersih dan terhindar dari rasuah.

Iktibar yang boleh diambil disini ialah, mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat jangan sesekali melakukan rasuah kecil atau besar, atau cuba berkawan dengan 'rasuah' kerana kedudukan mereka sangat rapuh untuk diratah oleh SPRM. Jangan juga berfikir apabila anda melakukan rasuah tetapi ianya tidak terkesan oleh pihak berkuasa anda beranggapan anda bijak dan tidak khianat.

Dalam hubungan ini wakil rakyat Pakatan juga harus mempunyai semangat yang kuat, keberanian dan tidak mudah goncang bila menerima ugutan dan desakan. Mereka harus yakin kerana kebenaran dan harus berani kerana kebenaran. Dan jika ada penyiasatan dan pendakwaan kilat ke atas mereka hendaklah hadapi dengan tenang dan jangan takut. Rujukan kepada parti. Percayalah dan yakinlah kepada diri sendiri dan yakinlah kebenaran tetap akan menang.

Kesemua senario yang berlaku seperti di atas itu, baik di pihak SPRM, pihak yang kena siasat dan pihak yang memperalatkan SPRM untuk tujuan politik, sebenarnya sangat mudah dicami kerana permainan dan senario itu sudah wujud sejak berzaman. Hanya mereka yang jahil, penakut serta tidak yakin kepada diri sendiri saja akan tewas dan mudah mengangkat bendera putih!

utaraonline

Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive