Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 20, 2009

Mengapa Ali Rustam anggap kekuasan Umno sebagai ‘rumahtangga’? | Nizar News

Oleh PUTERA SEMANTAN


Ketua Menteri Melaka yang pernah dibatalkan pencalonannya dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno lalu, mendesak dalam akbar Sinar Harian hari ini (Isnin): “PAS jaga rumah tangga sendiri”.

Ayat yang digunakan nampak sedap dihamburkan tetapi itulah Umno, kekuasaan dianggapnya ‘rumahtangga. Harta benda hak kerajaan dan hak rakyat mahu dibuat seperti hak warisan pusaka nenek moyang mereka.

Bekas kakitangan Pos Malaysia itu menegur PAS kerana mengkritik dasar-dasar Umno termasuk percubaan untuk melakukan perubahan menerusi perhimpunan luar biasa parti itu baru-baru ini.

Mungkin Ali Rustam lupa bahawa Umno parti yang sedang berkuasa dan pemimpinnya dilihat sentiasa menggunakan kuasanya untuk menekan dan mengkhianati rakyat termasuk mengkayakan diri sendiri.

Seseorang wakil rakyat Umno boleh menjadi kaya hanya setelah sepenggal menjadi Adun. Menjawat AJK Umno Bahagian sahaja boleh menjadi jutawan. Ketua Umno Bahagian memperolehi RM3 juta peruntukan yang disalurkan terus melalui Umno Pusat. MB spenggal seperti Khir Toyo boelh memeiliki banglo bernilai RM24 juta.

Dan Ali Rustam sendiri? Siapa yang tahu?

Semua wang ringgit itu dari mana datangnya jika tidak diambil kesempatan sepatutnya daripada hak rakyat atau negara?

Inilah yang meneyebabkan PAS terlalak siang malam dan perjuangkan hak rakyat yang sudah dinodai. PAS bukan berjuang untuk ‘rumahtangga’ sendiri sahaja, melainkan hak rakyat.

Swebab itu bila Ali Rustam menempelak PAS supaya jangan ‘ganggu’ rumahtangga Umno, kenyataan tersebut hanya membayangkan pemimpin Umno lupa bahawa mereka naik dan berkuasa kerana pilihan dan amanah rakyat. Jadi rakyat, melalui PAS, berhak tahu ke mana hak mereka dipergunakan.

Sebenarnya keputusan PRU 2008 yang lalu secara keseluruhannya di Semenanjung menolak Umno-BN sehingga kehilangan lima negeri dan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen merupakan manifestasi protes rakyat terhadap pemimpin Umno yang memanipulasi hak rakyat seperti menggunakan harta pusaka warisan nenek moyang mereka.

Malangnya isyarat yang diberikan rakyat itu tidak pernah diambil iktibar dan keinsafan oleh pemimpin Umno seperti Ali Rustam.

Maka eloklah pada PRU 13 nanti Umno-BN dan pemimpinnya tidak dipilih terus oleh rakyat.

sidangonline


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive