Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 07, 2010

AMK Beri Amaran Sejarah Akan Berulang


Sejarah bakal berulang jika Umno-BN tidak mengambil iktibar dari kebangkitan rakyat 1998.

Tanggapan itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin mengulas perbicaraan konspirasi dua yang dihadapi pemimpin reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan perbicaraan sama 10 tahun lalu menyaksikan gagasan pembangkang, atau Barisan Alternatif, berjaya membongkar kubu-kubu utama Umno-BN dalam pilihanraya 1999.

Shamsul tidak menolak konspirasi ini akan memakan tuan, seraya menganjak kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sependapat dengan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

“ Kes Anwar Ibrahim ini sekali lagi mampu memecahkan apa yang kita panggil kemelut negara hari ini, dari isu medianya, kemelut isu kehakimannya, kemelut isu pilihan rayanya, dan ini akan memberi ruang gelombang kedua kebangkitan rakyat," sahut Yusmadi.

"Saya mahu kita mencuri peluang ini dan memberitahu isyarat yang kuat kepada Najib bahawa mereka telah membuat keputusan salah. Saya mahu Najib fikir semula kerana masih belum terlambat" tambah beliau.

Dalam pada itu Shamsul melahirkan keyakinan bahawa rakyat semakin kritikal dengan tindak-tanduk pemerintah mutakhir ini.

Apa yang jelas, kata Shamsul, nafas reformasi merentasi generasi 1998 hingga ke hari ini, dan menambah masyarakat makin peka dengan apa juga kecurigaan yang berbangkit sepanjang perbicaraan ini, terutamanya di ruang maya.

“ Apa perkara yang mereka belajar waktu itu, apa pengalaman yang boleh kita kongsi, mereka berkata ada elemen yang disebut unintended consequences, sesuatu tindak balas yang kita tidak jangka, yang ini yang membantu proses kebangkitan rakyat. Apabila isteri-isteri tentera misalnya dari konteks kebangkitan rakyat di Filipina, tidak lagi pergi mengundi tetapi keluar bersama-sama rakyat di jalan raya. Itu mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO-Barisan Nasional” katanya. SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

tvs


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive