Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 07, 2010

MENANG TIDAK MENJANJIKAN DUN DIBUBARKAN




Hari dinanti semakin hampir. Debaran semakin terasa. Persoalan makin memeningkan kepala. Cuba untuk merungkai seribu satu ramalan dan teori yang datang. Menyenangkan, menakutkan, meresahkan & membimbangkan... semuanya berada dalam kesimpulan yang satu.. Jalan masih panjang dan berliku.

Bagi yang memahami erti perjuangan, mereka tidak akan kecewa apabila tewas dalam perjuangan kerana perjuangan itu mencapai kejayaan bukan diukur atas timbangan kalah atau menang tetapi istiqamah atau kecundang. Setiap hentian hanyalah batu tanda untuk memaberitahu jarak perjalanan yang menanti di hadapan dan perjalanan yang telah ditinggalkan.

Harapan agar mahkamah memihak kepada tuntutan DS Nizar bukanlah penutup segala perjuangan. Walaupun DS Nizar menjanjikan tuntutan pembubaran DUN namun semuanya atas perkenan sultan. Ia hanya satu hentian dalam mencatur arah dan strategi.

Saya memilih untuk meyakini satu teori yang sangat menguntungkan BN.Cuba fahami... Kekalutan hari ini berpunca dari rampasan kuasa. Menteri besar sah dilucutkan dan digantim oleh seorang yang datang dari restu Putrajaya bukan restu rakyat. Perlantikannya langsung menggunakan kuasa istana.

Jika DS Nizar menang dan beliau mempersembahkan kepada sultan, Adakah sultan akan terima??? Jika sultan tidak terima, maka pilihanraya tetap tidak di adakan??? Apakah DS Nizar akan menjadi Menteri Besar hingga pilihanraya ke 13?? Mungkin tidak... mereka akan mengadakan usul tidak percaya -walaupun kes speaker belum selesai lagi....

Inilah adalah teori paling menguntungkan umNO BN. Keadaan akan cuba diperbetulkan bagi mematikan isu rampasan di luar DUN. Sistem kehakiman akan dilihat adil... semuanya gula gula...Itulah yang mungkin cuba dilakukan.

anaksengat.blogspot.com


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/2/10 4:03 PTG

    lantaklah... semua ni GAMUDA punye hal.. hahah NAJIB dah lari ke selangor..zambry pandai2 la..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/2/10 4:40 PTG

    Assalammalaikum warahmattullah wabarakatuh dan salam sejahtra.kalau dikata rampasan kuasa pada pandangan saya tidak tepat, sabagai penganut agama islam kadaq dan kadar tu yg tepat.maaf kalau ulasan saya kurang tepat .Tk (tugau)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive