Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 13, 2010

Anuar bantu polis buru Raja Petra


BANDA HILIR - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, 41, semalam tampil memberi maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan ke atas pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK).

Beliau ditemani Yusof Hassan dari Perkasa Melaka, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 10 pagi.

Anura kemudian mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, selama kira-kira 45 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Anuar berkata, :beliau menyalurkan maklumat berserta gambar seorang individu dikenali sebagai Aasil Kazi Ahmad, yang didakwanya sebagai kenalan rapat Raja Petra serta mempunyai kepakaran sama se- perti RPK iaitu dalam bidang strategi media:.

“Seperti yang telah dinasihatkan polis, maka hari ini (semalam) menyalurkan maklumat berserta gambar berkaitan kepada polis.

“Saya meminta supaya pihak berkuasa, terutamanya polis, untuk menjejaki Aasil bagi membantu siasatan. Maklumat yang saya salurkan juga berkenaan bagaimana Aasil ini dapat membantu polis dalam siasatan untuk menjejaki RPK,” katanya.

Sabtu lalu, Anuar mendedahkan bahawa Aasil, seorang rakyat Amerika berketurunan Pakistan dan berpangkalan di Washington, mampu membantu polis untuk mengesan RPK.

Beliau mendakwa, lelaki itu yang dipercayai masih berhubungan dengan Raja Petra yang kini melarikan diri ke luar negara, turut pernah beberapa kali dilihat di Malaysia dan bertugas dengan sebuah organisasi tempatan sejak 2004.

Anuar berkata, beliau bersedia untuk dipanggil polis pada bila-bila masa, sama ada di sini (Melaka) atau di Bukit Aman memandangkan kertas siasatan mengenai RPK dibuka di sana.:

“Saya amat bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat dan oleh itu, saya tidak perlu lari atau bersembunyi. Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Salehhudin ketika ditemui berkata, memandangkan siasatan ke atas disiasat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Anuar akan dihubungi pegawai penyiasat di sana.

Katanya, Anuar bukan tampil untuk membuat laporan, tetapi sekadar membantu siasatan polis dengan kerelaan hatinya.

sinarharian



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive