Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 13, 2010

Zambry tidak ikhlas: Koo Ham


SHAH ALAM- Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak ikhlas menerima pelawaan pakatan pembangkang untuk bekerjasama.

Koo Ham berkata, sekiranya Zambry ikhlas, beliau seharusnya memberi peruntukan kewangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk kebajikan dan membantu rakyat.

“Sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum pembangkang ambil alih, saya pernah memohon peruntukan ADUN di Pejabat Pembangunan Negeri namun, tidak dilayan langsung.

“Sekarang, sudah terang-terangan Zambry tidak akan memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang, ini men- jadi bukti beliau mengamalkan diskriminasi dalam pentad- birannya,” katanya kepada: Sinar Harian, :semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, pakatan pembangkang telah lama memberikan kerjasama terhadap Kerajaan Negeri terutama berkaitan dengan projek yang dimulakan di bawah pentadbiran pembangkang.

“Walaupun Zambry membuat perasmian pecah tanah kali kedua pada projek yang di bawah pentadbiran pembangkang dulu, kita tidak kacau, malah pemantau dan memberikan kerjasama sehingga projek tersebut siap,” katanya.

Kelmarin, Zambry menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan pembangkang dalam penyaluran peruntukan bagi menjamin kepentingan dan kebajikan rakyat.

Zambry berkata, soal tuntutan pakatan pembangkang tidak timbul kerana perkara yang lebih penting adalah untuk rakyat di mana duit harus pergi kepada rakyat.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sedia bekerjasama sekiranya Kerajaan Negeri bersedia memenuhi tuntutan pembangkang seperti peruntukan kewangan kepada ADUN pembangkang, penggunaan dewan orang ramai serta menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Daerah.

sinarharian


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. deyy macah..nge..lu mau harap zambry ada keikhlasan ke?...ha ha ha ha haaa spesis lanun mana ada itu sifat...

    BalasPadam
  2. Betul tu YB.Ngeh,Zambry ikhlas kalau:
    1. Dia letak jawatan
    2. Kasi Nizar jadi MB balik.
    Kalau dia tak bikin itu dua perkara betul lah dia talak ikhlas punya olang maa....

    BalasPadam
  3. takpayah bagi MB kat nizar..bubar aje dun..selesai...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive