Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 14, 2010

BN boleh ghairah lagi ke?


BN ni dah menopause boleh ghairah lagi ke? kah kah kah..


BN Diingatkan Tidak Terlalu Ghairah Dengan Kelemahan Pembangkang

KOTA BAHARU, 13 Feb (Bernama) -- Pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta agar tidak terlalu ghairah dan leka dengan krisis yang melanda parti pembangkang sekarang sekalipun keadaan itu menunjukkan pakatan tersebut semakin lemah.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebaliknya pemimpin BN harus menggunakan kesempatan ini untuk menguatkan parti masing-masing bagi meraih kepercayaan rakyat.

"Kita tidak boleh bergantung kepada kelemahan pembangkang semata-mata tanpa berbuat apa-apa. Sebaliknya kita perlu menguatkan diri kita supaya rakyat mengalih semula kepercayaan mereka kepada BN dan melihat pakatan pembangkang sebagai pakatan yang rapuh," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut dalaman pakatan pembangkang yang dilihat semakin serius.

Pada Jumaat, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diteraju Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sebelum ini, Zahrain dan beberapa anggota Parlimen daripada PKR seperti Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu), dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) telah secara terbuka mengkritik layanan DAP terhadap PKR khususnya di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata sekarang adalah masa untuk pemimpin BN memanifestasikan kepada rakyat slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Dengan cara itu katanya, rakyat akan dapat menilai kelemahan yang ada pada pakatan pembangkang itu.

-- BERNAMA


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive