Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 14, 2010

Kembalikan Maksud Asal Penubuhan Malaysia – Anwar Ibrahim

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya.

Itu antara inti ucapan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 Februari ini.

Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini merupakan Tahun Harimau yang melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah.

"Kebiasaannya masyarakat Cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang.

"Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing," kata Ahli Permatang Pauh itu menerusi blog peribadinya.

Anwar memberitahu, segenap lapisan rakyat negara ini mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

"Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan pelbagai kaum yang ada di Malaysia.

"Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua.

"Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja PKR di semua peringkat," tambahnya yang juga pengasas parti pelbagai kaum itu.

erapakatan


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. salam ziarah, permohonan dari saya, boleh anda linkkan blog saya di sini untuk meluaskan penyebaran artikel2 yang berkaitan dakwah Islam, Semoga anda di rahmati dan dibanyakkan rezeki dari Allah

    http://ustaznoramin.blogspot.com

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive