Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 10, 2010

Felda tipu gred sawit, peneroka lapor polis



KUANTAN: Ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 orang peneroka Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan pada Ahad (7 Februari).


Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman, pada Ahad (7 Februari) telah mengetuai kira-kira 30 orang peneroka Felda dari Gugusan Felda Keratong, Gelanggi, Lepar, Jengka, Neram membuat laporan polis terhadap penipuan dan penyelewengan yang dilakukan Felda.

Mazlan yang ditemui selepas membuat laporan tersebut kira-kira jam 3 petang, berkata, laporan polis itu dibuat bagi memohon pihak polis menyiasat dan mendakwa Felda atas tuduhan penipuan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Pihak polis perlu menyiasat, apakah unsur penipuan tersebut masih berjalan hingga ke hari ini. Siapakah individu atau perancang penipuan ini,” katanya.

Pada 19 Januari 2010, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 22 September 2002.

Keputusan tersebut membuktikan terdapat bukti konspirasi antara Pengurus Felda dan Pengurusn Kilang Sawit Felda untuk menipu gred harga Sawit.

"Sebarang penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah mencalarkan reputasi Felda sebagai agensi pembangunan tanah terbesar di dunia yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Ia bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat tettapi mendapatangkan kerugian besar kepada pendapatan peneroka itu sendiri" kata Mazlan.

Justeru laporan polis yang dibuat oleh para peneroka semalam juga mendesak agar Felda membuat bayaran segera wang berkenaan kepada peneroka dan nyatakan sumber bayaran tersebut.

"Kita tidak mahu sekali lagi Felda menipu peneroka dengan menggunakan wang peneroka untuk membayar hutang berkenaan. Felda berada dibawah kerajaan pusat, maka seharusnya kerajaan yang perlu membayar wang berkenaan dan bukannya peneroka" tambah Mazlan lagi.

sidangonline


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive