Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 10, 2010

Liwat: Saiful lapor polis, hakim tegur media

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Balai Polis Sentul, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi mendakwa ada pihak menggesa supaya dia dibunuh.
Laporan polis itu dibuat berdasarkan kenyataan dalam satu laman sosial yang menyebut: “Kepada kawan-kawan sekalian, sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, anda wajib membunuhnya dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”.

Sementara itu, Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah pagi tadi mengarahkan media arus perdana yang melaporkan butiran-butiran eksklusif mahkamah supaya menyiarkan berita-berita yang wajar sahaja.

Arahan tersebut selepas pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh meminta supaya Mohamed diketepikan dari mendengar perbicaraan kerana dianggap bias serta enggan menegur media-media terbabit semalam.

"Saya percaya pada kebebasan media tetapi saya minta laporkan apa yang wajar dilaporkan," jelas Mohamed di kamar perbicaraan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan informasi berhubung butiran-butiran di dalam kamar perbicaraan.

Demi membuktikan perbicaraan dikendali secara adil, Mohamed juga mengarahkan dua polis cawangan khas (SB) supaya tidak lagi memenuhi dua kerusi khas yang disediakan untuk pemerhati dari beberapa pertubuhan guaman antarabangsa.

Pun begitu, beliau mencadangkan kedua-dua SB terbabit mengisi tempat duduk awam dalam kamar perbicaraan sebagai menghormati tugas mereka.

Pada jam 2.30 petang ini, dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, bersama-sama pasukan peguamnya membuat afidavit balas pada inisiatif pasukan pendakwaraya semalam.

Afidavit balas itu adalah prosedur biasa sebelum pasukan peguam bela Anwar memulakan sesi penghujahan balas ke atas saksi utama, Saiful yang dijadualkan pagi esok.

harakahdaily



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive