Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 08, 2010

“Ini peluru terakhir jet buruk Umno!” - Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR : Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) melihat fitnah liwat yang dilemparkan terhadap beliau mutakhir ini adalah episod penipuan Umno yang terakhir sekali gus memerangkap parti itu sendiri.

"Mustahil mereka dapat menipu rakyat buat selamanya. Saya yakin, inilah episod penipuan mereka yang terakhir. Ini (fitnah) peluru terakhir jet buruk Umno," katanya ketika berceramah di depan para penyokong Pakatan Rakyat (PR) di sini, malam ini.

Anwar berkata, sikap Umno yang menyerang pimpinan PR mutakhir ini jelas ketara melibat penyusunan tipu helah yang tersusun.

"Mereka (Umno) serang habis-habisan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, mereka serang Tuan Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) di Kelantan, tidak ketinggalan juga isu-isu membabitkan Ustaz Azizan di Kedah.

"Tapi tak mengapa. Kita akan guna jet 'fighter' yang enjinnya tak hilang untuk serang mereka kembali," katanya disambut deraian ketawa hadirin.

Rencana mereka (Umno), tambah Anwar, dalam masa yang singkat, mahu meletakkan sampel DNA untuk mengelirukan pandangan umum.

"Saya harap mereka ini sentiasa ingat; Firaun yang lebih besar pun boleh tenggelam di lautan, Raja Shah di Iran pun boleh tumbang dan akhirnya melarikan diri dengan kapal terbang.

"Yang zalim ini sekarang pemimpin Melayu Umno, lalu kita mahu gantikan yang zalim ini dengan pimpinan Melayu yang baik, pemimpin Cina yang baik dan pemimpin India yang baik," kata Anwar.

erapakatan


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

4 ulasan:

  1. Mari kita kerjakan umno yang dah nazak dan separuh sasau dalam pru13 nanti......biar kita kuburkannya....jangan tinggalkan batu nesannya bimbang kejahatannya terikut oleh generasi akan datang.

    BalasPadam
  2. rakyat dah bertambah matang.sekarang ini perjuangan bukan hanya hanya dengan bantahan mendadak tetapi dengan halus,iaitu undi pr13. beend jangan fikir dengan slow down rakyat ini ,rakyat menyokong beend.tidak..tidAK. RAKYAT MASIH MENYOKONG KEADILAN.

    BalasPadam
  3. Mana ada jalan, cerita tentang wanita monggolia dia kata fitnah. lepas tu cerita pasal liwat dia suruh rakyat percaya benda tu bukan fitnah. UMNO kalau sekali kau tidak bercakap benar lepas tu kalau ada perkara yang benar berlaku orang takkan caya pd kau lagi. selagi kamu tak bayar hutang pertama.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/2/10 7:38 PG

    sampel DNA tu bercampor terlalu banyak tahi, kompuse akuuu....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive