Jumaat, April 22, 2011
10 AMALAN YANG TERBALIK
Gambar Hiasan
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
daawah.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
April
(190)
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/4/11
- SUMPAH: PERLUKAH ANWAR JADI JAHIL MACAM DEPA?
- Politik 'longkang' cemari Rukun Negara
- Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar"
- Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa
- Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah
- KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSA...
- Bila Orang Dah Mula Tak Percaya, Terpaksalah Bersu...
- Cara pemimpin Malaysia buat keputusan
- TV3SUKU BIKIN ROSAK MINDA ANAK-ANAK
- Hukum Melewatkan Solat
- VIDEO SEKS: FULL VERSION LAGI KANTOI
- Jamil Khir Alu-Alukan 'Sumpah Laknat' Untuk Perjel...
- Pembantu khas Zahid Hamidi maut dalam kemalangan
- Mitos Malam Pertama Dalam Masyarakat Kita
- Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2 !
- 200% GUA PERCAYA ITU ANWAR PALSU
- APA CERITA DUIT SAMUN EKOQ YANG DAH KERAJAAN POW D...
- VIDEO SEKS: ANWAR PALSU TAK BERANI TUNJUK MUKA
- KAMPUNG WIFI ATAU KAMPUNG ‘WIFE-I’?
- Live: Real Madrid - FC Barcelona
- VIDEO SEKS VERSI KANTOI TELAH DIMUATNAIK
- Saman ekor: Kerajaan perlu mohon maaf, pulangkan b...
- AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo
- Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?
- AMAH JUAL TUBUH DI RUMAH MAJIKAN
- PAS GAGAL MENTERKEDARAH DUIT RAKYAT DI KEDAH
- SKMM mula siasat kebocoran video seks
- Datuk maut jatuh hotel
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/4/11
- Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu
- LAGI DILARANG,LAGI ORANG NAK BACA UTUSEKS
- Jangan Buat Kerja Bangang!
- Saiful tidak berada dalam kondo?, ia menjadi alasa...
- MACAM-MACAM PENDRIVE ADA
- CARA MELAJUKAN TONTON VIDEO ONLINE
- HATA ANJUR PROTES UTUSAN MALAYSIA 2 MEI
- Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat
- SEJADAH AJAIB
- 'Boikot' mereka ber'otak' nasi lemak......alahai.....
- DRAMA SIAM
- NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH
- AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?
- Bohong la pulak????
- MENTERI BN YANG BENGONG SALAHKAN PEMBANGKANG
- LAWAK AHAD: HARTA PUSAKA NENEK
- Sperma mati dek ‘gadis penyedap’
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/4/11
- Ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang 29 April
- Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011
- Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong
- FILEM PORNO 3D DI HONG KONG,DI MALAYSIA MASIH HITA...
- BILIONWAN ‘UMNO’ DAPAT POS MALAYSIA
- Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Bai...
- SEJADAH AJAIB DI R&R PLUS
- Anwar Adalah 'Binatang Jalang'
- Filem Omega yang tercicir...
- 10 AMALAN YANG TERBALIK
- Tiada Masalah Air Jika UUM Dengar Nasihat SPAN
- MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?
- Piala Raja Sepanyol Berkecai
- MEMALUKAN!ZULKIFLI NORDIN SANGGUP HINA ALLAH DALAM...
- Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif pol...
- Jangan anggap PRU ke-13 lambat lagi
- Projek emel 1Malaysia, mustahil tidak dibiaya kera...
- Bila Kira Undi Je Blackout,Bila Blackout Je Kira Undi
- ABC atau KFC?
- Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?
- Bogel bawah katil pelamin
- Khutbah Jumaat Bersungut Sebaran Filem Lucah
- Projek e-mel 1Malaysia diberi kepada syarikat hamp...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/4/11
- `PENYAKIT' SPR Wajib Dipulihkan
- Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Per...
- RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Ju...
- Pelacur Britain buat pengakuan mengejut berasmara ...
- Eh!! Eh!! Kad Pendaftaran Omega Tak Penting Pula...
- Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku berta...
- Liga Perdana: PKNS Ratah Posmen 7-0, Terus Kuasai ...
- Video Seks: Peguam Negara tetap cari jalan dakwa A...
- UTUSEKS MALAYSIA: AWAT TAK BUBUH BERITA NI DI MUKA...
- Lihatlah Wajah Orang Yang Kita Sayang Ketika Tidur...
- SAMM Tuntut Najib Perjelas Beri Kontrak Ubahsuai M...
- Video Lucah : Siasatan Selesai, Tuan Punya Omega T...
- UTUSEKS MALAYSIA
- Bila Pilihan Raya Umum Ke 13?
- Timbalan KSU Ditangkap Khalwat Bersama Pembantu 28...
- Memadu Asmara Dekat Masjid
- LAWAK AHAD: BUDAK BINGAI
- Menang sorak Pakatan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 16/4/11
- KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA SARAWAK 2011
- LAPORAN TERKINI PILIHANRAYA SARAWAK 2011
- Keputusan awal: Pakatan - 10, BN - 7
- Video Seks: Pastikan pelakon wanita ada permit pel...
- HABISLAH PR!!
- Kes Altantuya : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas
- Altantuya - Pengakuan RPK Zahirkan Keperluan RCI, ...
- Ceramah DAP diganggu polis, lebih 10,000 tak berga...
- Baca dan terus sebarkan...
-
▼
April
(190)
Salam Bro... Gua ambil logo Revolusi lu pasal ia bersuaian dengan matlamat gua. Harap lu halalkan kat gua...!!!!
BalasPadamsilalah ambik bro..
BalasPadam