Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 29, 2011

Cara pemimpin Malaysia buat keputusan



Oleh Wan Larut Wan Muda

Pagi semalam di Warung Basir, di Medan Kamunting Jaya, Tok Perak berseorangan. Masih di meja favourite dia di sebelah dalam Medan Penjaja dan bersebelahan Warung Sharil Beehon Sup Railway. Capati dalam pinggan sudah bersisa. Hanya gelas Teh Tarik masih ada separuh.
Tidak pasti ke mana rakan-rakan sejawat Tok Perak yang lain.
Sengaja aku usung talam keluli berisi Roti Canai berkuahkan Dal dan Sambal Tumis ke meja Tok Perak. Tok Perak mengangguk kepalanya apabila aku meminta izin untuk duduk semeja dengannya. Mata Tok Perak masih melirik Harian Metro yang dibacanya.
Selalunya Tok Perak setia dengan Kosmo, hari ini dia dengan Harian Metro pula!
“Mana geng lain abang?”, memang aku berbahasa “abang” dengan Tok Perak.
“Kau tahulah Wan hari ini hari pencen! Semuanya pergi “mencucuk” la tu!”
“Mencucuk?”, sengaja aku buat-buat tak faham untuk memanjangkan perbualan. Tok Perak ini tak berapa suka berbual dengan aku yang bukan regunya.
“Awal pagi cucuk kat bank. Lepas tu pergi cucuk insulin di Klinik Ekspo tu. Dah pencen-pencen ni macam tu la kerja kami. Kalau kuat lagi malam-malam boleh mencucuk juga.”
Aku buat-buat gelak kecil.
“Abang tak mencucuk juga ke?’
“Aku subuh-subuh sepie jagi dah pergi mencucuk. Masa tu orang tak ramai lagi.”
“Apa berita menarik hari ni abang?”, tanya aku cuba memanjangkan perbualan lagi.
“:Aku hairanlah pemimpin-pemimpin kita sekarang ini. Semuanya buat keputusan ikut sedap mulutnya.”
“Pemimpin belah mana abang?”, saja aku bertanya walaupun aku tahu Tok Perak ini berdarah merah keris bersilang.
“Sama saja belah mana pun!”
Tok Perak menyua Harian Metro kepada aku sambil menjuihkan bibirnya ke ruang bawah halaman akhbar yang dibukanya.
Aku membaca ruangan kecil berita luar negara tersebut.
Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru
Harian Metro, 21 April 2011
NEW YORK: Pemandu kereta sewa di bandar raya ini yang sering mengelak daripada mengambil penumpang di kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah, kini dilengkapi dengan jaket kalis peluru.
Persekutuan Pemandu Teksi New York mengedar baju berkenaan Isnin lalu dan pemandu berkenaan memakainya serta-merta.
Keutamaan diberikan kepada pemandu yang bekerja syif malam di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Kereta sewa perlu ditempah lebih awal dan tidak mengangkut penumpang di tepi jalan, tidak seperti teksi kuning yang lebih terkenal.
Meskipun jaket berkenaan tidak dapat melindungi pemandu daripada cedera di kepala, kebanyakan serangan membabitkan tikaman pisau atau tembakan pada bahagian belakang atau sisi pemandu. – Reuters
“Apa kena-mengena dengan pemimpin kita pula bang?”
“Iya lah kalaulah di Malaysia pemandu kereta sewa kena tembak waktu malam, senang saja pemimpin kita cadangkan kereta sewa bawa siang saja!”
“Kalau tak salah dulu TGNA pun macam tu juga. Adakah dia cadangkan bas ekspres bawa siang sahaja sebab malam selalu kemalangan.”
“Menteri sapa nama tu Tiong (Datuk Seri Liow Tiong Lai) pula larang jual Nasi Lemak di kantin sekolah. Sepatutnya santan tu ganti dengan susu cair ataupun guna susu rendah lemak. Bukannya larang jual Nasi Lemak. Kalau nak kira nasi tu sendiri bukan elok sangat makan!”
“Ini samalah dengan SPRM. Bila orang mati jatuh dari tingkat atas, dilarangnya buat siasatan selain dari tingkat bawah. Tok Perak 36 tahun jadi warden mana ada banduan yang jatuh bangunan.”
“Semalam ada berita budak perempuan koma jatuh bangunan sekolah di Sungai Petani. Nanti Muhyudin pula suruh sekolah buat satu tingkat saja.”
Itu dia panjang lebar Tok Perak menghuraikan berita satu perenggan. Kalau setengah muka surat mahu dua hari baru habis dihuraikannya.
Aku sengaja sua “nasi tambah”.
“Maknanya kalau orang bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang, kita tutup saja jambatan tu.”
“Macam tu lah pemimpin kita buat keputusan!”
Lain macam saja Tok Perak kali ini. Sudah cairkah darah likat merah berkerisnya itu?

wanlarut@gmail.com

MALAYSIA TIMES

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive