Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 23, 2011

BILIONWAN ‘UMNO’ DAPAT POS MALAYSIA


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad. DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.

Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.

“Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.

Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.

Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.

Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.

DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.

Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan.

KLT


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama23/4/11 9:45 PG

    Pakai la otak sket bro. ke ko lebih bilionwan DAP yg ambik pos malaysia. ke ko bodoh n bangan nk kasi ke jutawan2 yg belum tentu dpt urus kan pos malaysia dgn betul. mmg bangang la ko. MEMANG PENCACAI DAP.

    BalasPadam
  2. agak2 lah bro...kalau semua puak umno nak bolot, apa yg tinggal untuk rakayt jelata, aku pun bayar income tax gak...kalau semua umno nak sapu, apa yang tingga lagi?!!! pakai otak sama...!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Bagus apa Syed Mokhtar AlBukhari yang ambik. Bukan ali baba punya orang.

    BalasPadam
  4. tunggu caj pos akan naik lagi...mudah sungguh berniaga ala monopoli umno ni...aku pun boleh

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive