Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia.
Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".
Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu.
"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya.
"Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.
Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.
Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan.
Kelihatan begitu ramai ahli - ahli Perkasa yang sedang berdemo depan pejabat DAP
LSS: Lagi satu kerja bangang! orang jual surat khabar dapat komisen,orang yang kerja kat pejabat melalok dapat gaji .Orang yang kerja kat kilang melalok pun dapat gaji! habis tu mangkuk - mangkuk ayun yang dok terlompat - lompat kat depan pejabat MCA tu dapat apa?
Banyak benda lain yang perkasam boleh bikin selain dari dok terlompat - lompat dan buat kerja bangang tu! kalau melayu tak boleh hidup apesal kat KL ni masih ada oksigen lagi? jangan jadi bodoh! Takkan nak hidupkan orang melayu macam parpu kari !!
Jangan buat kerja bangang! itu hari Pu...KIMMA..aak! dah buat kerja bodoh! inihari ada pulak mangkok ayun buat kerja bodoh! dah takde plan lain ke nak publisitikan melalok? selain dari "plan" bodoh! niee??????
pejuangpro-demokrasi
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
MEMANG BODOH,BANGGANG ,BEBAL BUDAK PERKASA INI SUKA MAKAN LABI2 KOT HE3?PUNYA KESIAN MAK DIA NGANDUNG 9 BULAN BILA DAH BESAR BODOH NGALAHKAN TUNTUNG
BalasPadam