Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 17, 2011

Timbalan KSU Ditangkap Khalwat Bersama Pembantu 28 Tahun

Georgetown: Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam. Gambar fail

Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.

Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu. -SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. tamby kecik a/l tamby besar17/4/11 5:25 PTG

    ni tentu lim guan ong punya keje ni...nak merosakan org melayu kat p.pinang,org melayu kat pulau pinang kan semuanya baik baik belaka....takkan le berperangai mcm ni pulak....tak caya tanya le melayu umno kat sana

    BalasPadam
  2. haiyaaa semua benda mau politik ke? ini tkde kene mengena dgn politik tpi peribadi org tu...wa kenal ini org

    BalasPadam
  3. Ada kawan teman ni kata, antara nasi dgn perempuan, dia pilih pompuan dulu!
    Antara pompuan dgn duit pun dia pilih pompuan dulu!
    Tapi, bila disebut antara keta dgn pompuan, mati2 dia kata pompuan ni memang tak bolih guna !!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive