Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 13, 2011

PANAS!! Pilihanraya Negeri Sarawak: Wang Rasuah Sudah Tiba Dari Kuala Lumpur!!


Menurut sumber yang rapat dengan Barisan Najis, semua wang tunai

yang tiba akan diserahkan kepada pengundi pada saat akhir bagi

mematikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat


BN dijangka tabur jutaan ringgit pada 4 hari terakhir kempen



Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.



“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia di luar kawalan kami.



Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada di antara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.



“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat.



KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN, dekat Satok hari ini.

Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.



“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.



Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.



“Mereka beri seribu kita minta dua ribu.



Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.



“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.



“Tetapi undi adalah rahsia.



Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan.



Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.


jalanpulang1978


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive