Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 24, 2011

Sperma mati dek ‘gadis penyedap’


INSAF...Mail kesal atas perbuatan masa lampau.

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.


Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive