Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 24, 2011

AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang tertanya adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali di dalam sidang medianya semalam seolah-olah mulai mencurigai moral DS Anwar. Kebanyakan blog pro Umno telah menafsirkan sedemikian, maka ada dikalangan kita yang mungkin terpedaya dengan `spin' oleh media mereka.

Apa yang Mustapha Ali beritahu? Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan. Ertinya, PAS mahukan siasatan dilakukan maka itu juga kehendak semua rakyat di negara ini bahkan DS Anwar juga mahu beliau disiasat, sebab itulah beliau membuat laporan Polis.

Seterusnya, Mustapha Ali menegaskan, “Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya. PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan". Jelas, bahawa PAS juga mahu agar mereka yang terlibat menayangkan video lucah tersebut diambil tindakan. " Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam"(AgendaDaily).

Sebagai sebuah parti Islam sudah semestinya PAS mahu agar kerajaan membawa kes ini mengikut kaedah-kaedah Islam. Bagi saya, tidak perlu puak mereka meracuni PAS untuk keluar dari PR seandainya keputusan menunjukkan terbukti DS Anwar terbabit di dalam kes tersebut kerana PKR sendiri akan memutuskan tindakan terhadap DS Anwar. Sudah tentu ahli-ahli PKR tidak bersedia menerima pemimpin yang mempunyai moral yang rendah. Maknanya, jika Umno ingin mengambil kesempatan di suatu masa nanti dengan harapan PAS kembali berpeluk dengan Umno, mereka tersilap perkiraan kerana di dalam PR perjuangan mereka bukan untuk batang tubuh DS Anwar.

Samada DS Anwar ditangkap atau dipenjarakan malahan jika umur beliau pendek, PR termasuk PAS akan terus menjadi musuh kepada Umno/Bn selagi Umno/Bn terus kekal sebagai parti yang rasuah, zalim dan banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah berpengalaman berjuang menentang Umno/Bn tanpa DS Anwar kerana di dalam PR kini kami mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang hebat dan berani.

Kita boleh membaca gerak tari lawan sekarang iaitu mereka mahu PR berpecah belah hanya kerana DS Anwar. Seharusnya mereka mesti berani membawa kes DS Anwar ini mengikut hukum Islam yang sebenar sekiranya mereka mahu melihat keadilan benar-benar wujud. Paling tidak, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil agar hajat mereka untuk menyaksikan DS Anwar bersumpah mengikut Islam akan terlaksana setelah segala bukti dan saksi dikemukakan. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka masih ingin bergantung dengan mahkamah sivil yang semua rakyat tahu rekod dan sejarahnya apabila membicarakan insan yang bernama Anwar ini?

Kesimpulannya, kita mahu DS Anwar dibawa ke mahkamah Syariah untuk memberi keadilan kepada yang menuduh dan yang tertuduh. Sekiranya kesemua proses ini dilaksanakan dan terbukti nyata DS Anwar terbabit, maka tidak perlu rakyat menurunkan DS Anwar atau PAS juga DAP menjauhkan diri, ahli-ahli PKR sendiri akan turunkan beliau dari puncak pimpinan parti. Selepas itu, PKR akan terus wujud bersama rakyat dan terus berjuang bersama PAS dan DAP sehingga PR menjejakkan kaki ke Putrajaya. Umno akan kecewa untuk melihat PAS melutut kepada parti sekular tersebut./wfauzdin.blogspot.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Cuba dengar betul betul apa yang Mustafa Ali cakap.
    Kalau masih tak jelas tengok video clip tu memang lah telinga dah pekak!

    BalasPadam
  2. telinga yg pekak, hati yg buta adalah dari golongan blogger pro umno dan pencacai umno sbb apa jadi gitu krn byk termakan yg haram itu aje krn itu lah Hidayah Allah x leh nak masuk ke dlm jiwa2 yg kotor.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive