Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 21, 2011

Projek emel 1Malaysia, mustahil tidak dibiaya kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, mustahil projek emel 1 Malaysia yang menelan kos RM50 juta, dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Tricubes Berhad, yang disenarai sebagai syarikat bermasalah di Bursa Malaysia.
Menurutnya, bukan pertama kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sesuatu projek yang kononnya dijalankan pihak swasta tanpa mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan.
“Selepas sebulan atau dua bulan projek itu diumumkan ada sahaja kos yang dibiayai kerajaan,
“Rekod sebelum ini menunjukkan semua projek yang dikatakan dijalankan pihak swasta, dibiayai kerajaan samada menerusi pinjaman boleh ubah, pinjaman yang dijamin kerajaan atau melalui pemberian hartanah,” katanya kepada Keadilandaily.com
Beliau merujuk projek pembinaan Aliran Transit Massa (MRT) oleh syarikat MMC-Gamuda yang pada awalnya diumumkan Najib dibiayai sepenuhnya syarikat tersebut.
“Tapi tak sampai 5 hingga 6 bulan, MMC dibiayai sepenuhnya dari kerajaan. Serupa juga dengan projek pembangunan semula Sungai Besi yang diambil tanah milik kerajan untuk diberikan kepada pihak swasta,” katanya.
Ditanya mengenai pulangan atau keuntungan yang mampu dihasilkan menerusi penyediaan perkhidmatan emel 1Malaysia, beliau berkata terdapat dua kaedah iaitu menerusi pengiklanan dan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada kerajaan.
“Tetapi mustahil keuntungan daripada iklan dalam emel ini berbaloi dengan hampir 1 bilion penduduk dunia yang menggunakan gmail atau hotmail. Tidak mungkin sistem emel ini sebaik gmail atau google.
“Jadi satu-satunya cara adalah dibiyai kerajaan melalui caj perkhidmatan atau pengiklanan besar-besaran seperti kempen 1Malaysia melalui emel tersebut. Ia akan dikenakan yuran perkhidmatan atau pengurusan, atau yuran pengiklanan supaya kerajaan dapat membiayai projek tersebut.
“Akhirnya kalau diteliti semula pengurusan kewangannya, tindakan BN yang bagi tender RM50 juta kepada Tricubes ini sama lah tindakan kerajaan menyelamatkan syarikat yang hampir bankrap.
“Keadaan ini sama seperti kerajaan bail out untuk menyelamatkan syarikat yang hampir muflis,” ujarnya yang juga Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Katanya, kerajaan juga perlu mendedahkan kertas tender yang dikeluar Unit Pemodenan tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) kepada syarikat-syarikat pembida projek penyediaan sistem emel berkenaan.
Ini berdasarkan kenyataan Tricubes kepada Bursa Malaysia pada 4 April lalu di mana syarikat teknologi maklumat itu memaklumkan ia telah dianugerahkan projek berkenaan oleh Mampu.
“Kerajaan memberi tender RM50 juta kepada Tricubes yang dipersoal kelangsungan kewangannya kerana disenarai sebagai Syarikat GN3 dalam Bursa Malaysia, berdasarkan prestasi kewangannya yang buruk dan dijangka akan bankrap,”ujarnya.KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive