Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 11, 2011

Isteri Disihirkan, Suami Buat Maksiat & Halang Isteri Melakukan Ibadah









Assalamualaikum ustaz berdosa ke seorang wanita yg
disihir dan badan nya di kuasai mahluk halus meminta cerai dgn
suaminya...kerana siisteri sudah tidak tahan dgn suami yg selalu membuat
maksiat dan yg tidak mahu bersamanya kerana dia memakai tudung, dan marah akan
nya bila dia bangun pagi untuk sembahyg tahajud..ada ke wanita ini berdosa
kerana memecah belahkan keluarga nya sendiri?





Jawapan





Apa yang saya faham dan dapat buat kesimpulan dari
soalan puan adalah seperti seorang isteri kena syihir,  isteri tersebut diabaikan oleh suaminya yang
melakukan maksiat dan suaminya tidak suka isterinya menutup aurat dan
melaksanakan ibadah kepada Allah.





Isteri Kena Syihir





Maksud Syihir adalah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk
ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau
mengelirukan manusia. Kalau si suami, kaum keluarga dan orang yang punya badan
itu sendiri mengetahui ia telah disyihirkan. Maka cepat-cepatlah mendapatkan
rawatan perubatan Islam. Jangan berlengah lagi sebab apabila orang yang terkena
syihir secara tidak sedar ia akan melakukan segala perkara tanpa disedarinya.
Nasihat saya dalam mendapatkan rawatan mestilah berwaspada dalam memilih pakar
perubatan Islam, pastikan ia bertauliyah dan berijazah dari gurunya yang asal. Pastikan
juga segala amalan dan perlakuannya tidak bercanggah dengan prinsip syariat
Islam. Friman Allah yang bermaksud :





“Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua
tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan
berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam
pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang
boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu
seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa
sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik
di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
(Al-Baqarah : 102)





Bagi sesiapa yang
terkana syihir atau kaum kerabatnya yang terkena syihir, maka hendaklah ia
bersabar dan redho dengan apa yang telah berlaku. Carilah jalan penyelesaian
yang diredhoi Allah dan jangan mencari jalan untuk membalas dendam dengan apa
yang telah dilakukan oleh orang yang telah berbuat jahat kepadanya. Semua perkara
serahlah kepada Allah, biar Allah yang membalas balasan yang setimpal dari apa
yang telah mereka lakukan.





Kalau orang yang
disyihir cakap perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman seperti
mempertikaikan kekuasaan atau kewujudan Allah. Sebenarnya perlakuan tersebut
tidak merosakkan akidah kerana itu semua bukan datang darinya, secara ilmiahnya
orang yang terkena syihir atau dirasuk oleh jin, kebiasaannya seluruh sarafnya
telah dikuasai oleh jin. Nada suaranya juga berubah dan wajah mukanya pun
berubah. Segala perkataan yang dikeluarkan itu bukan datang dari orang tersebut
tetapi ia datang daripada jin yang telah menguasainya.





Begitu juga si
isteri yang meminta cerai disebabkan kena syihir atau rasuk jin. Ia sebenarnya
tidak berdosa kepada suaminya, yang menjadi dosa adalah orang yang
mensyihirkannya itu. Di sini pihak suami seharusnya faham akan keadaan
isterinya yang terkena syihir, jangan biarkan isteri begitu sahaja, cepat cari
jalan untuk mengubati masalah yang dihadapi oleh isterinya. Suami seharusnya
tenang dalam mengatur segala tindakan. Segala keputusan bersandarkan kepada
Allah melalui doa dan solat sunat atau sebagainya. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa setiap kesulitan dan kepayahan itu ada jalan keluarnya dan mustahil tidak
ada jalan keluar.





Isteri Diabaikan Oleh
Suami Yang Melakukan Maksiat





Dalam perkahwinan
suami isteri mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Jika hak dan kewajipan
tersebut diabaikan, maka ia telah mengundangkan kemurkaan Allah kepada mereka.
Dalam masalah ini, tidak sepatutnya seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya.
Hadis Rasulullah yang bermaksud :





“Cukup berdosa
orang mengabaikan orang yang ditanggungnya”.
(Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)





Isteri boleh
meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui beberapa
pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya terdapat keperluan
ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana perwatakan luarannya,
kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya mengabaikan perintah Allah
atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan lain-lain, terlalu tua atau
lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-kalau tidak dapat
melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.





Jika suami
mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus terangnya itu kerana
menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan suami semacam ini haram
hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah sampai ke tahap demikian berpisah
atau cerai adalah lebih baik demi kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.





Sebagaimana
Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam juga memberi hak
kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih memuaskan lagi hati
puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar masalah ini dapat
diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut undang-undang syariat di
negara kita.





Suami Marah Isteri Melaksanakan Perintah Allah





Kebanyakkan isteri
jahil tentang masalah ini, mereka sering kali mentaati suami mereka membabi
buta, bila sahaja suami mereka menyuruh melakukan perkara yang bercanggah
dengan Islam, mereka serba salah dan delima untuk melakukannya. Sebenarnya
perkara ini telah jelas dalam prinsip Islam bahawa Allah tidak pernah meredhoi
umatnya melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Hal ini juga bertepatan
dengan hadis Rasulullah yang bermaksud :





“Tidak ada
ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah."
(Riwayat
Ahmad dan al-Hakim)





Tidak berdosa dan
isteri juga tidak perlu meminta izin suami untuk melakukan ibadah atau melakukan
perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Setiap suruhan Allah yang kita lakukan
itu adalah sebagai lambang kita mentaati perintah Allah. Mentaati perintah
Allah adalah lebih besar dari mentaati perintah suami atau manusia lain. Lazimnya
bagi isteri yang mentaati perintah Allah, secara tidak langsung ia juga
mentaati perintah suaminya.





Menjadi
tanggungjawab kepada isteri menegur segala kesalahan dan ketidak fahaman suami
tentang selok belok ajaran Islam. Jika ini semua telah dilakukan oleh isteri,
maka ia telah melaksanakan
  tanggungjawabnya
kepada Allah untuk menyampaikan amal makruf nahi mungkar dalam keluarganya.





Jika segala usaha
menasihati suaminya diancam dengan siksaan atau perkara-perkara yang boleh
mendatangkan kemudharatan kepadanya, maka lebih baik ia melibatkan keluarganya
dan keluarga suaminya bagi membantu ia untuk menyelesaikan masalah ini. Selain dari
itu juga ia boleh membuat aduan di Pejabat Agama Islam berdekatan untuk tindakan
lanjut.


ustaznoramin


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive