Selasa, November 29, 2011
AJAL DI TEMPAT WUDUK
Gambar Hiasan
KULIM: “Pada mulanya saya hanya menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang, tetapi terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dalam keadaan telentang di situ,” kata Hishamsul Osman, 42, apabila menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam.
Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa.
Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing.
“Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit.
“Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama.
“Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya.
“Ini pertama kali saya melihat mayat mangsa pembunuhan dan tidak sangka keadaan sunyi rupanya petanda perkara buruk berlaku,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi.
Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an.
“Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa.
“Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam).
“Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
HM
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
November
(112)
- FITNAH TV3SUKU TERBONGKAR
- WIFI PERCUMA DI SELANGOR TAHUN DEPAN
- BUAT MAKSIAT DALAM KERETA
- AJAL DI TEMPAT WUDUK
- Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, esok
- GAMBAQ LAWAK PETANG ISNIN
- ELOK SANGAT LA UMNO CONTOHI HARIMAU MUDA
- KEPUTUSAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA
- LAWAK AHAD: CAGAR FERRARI
- 'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan
- CALON SPM DAN DUDA DICEKUP KHALWAT
- MENTERI PERTANIAN KENA TAMPAQ
- KISAH KJ PERTAHAN SHAHRIZAT TERLONDEH
- Tarik balik bentang kertas kerja dengan e-mel saja
- UMNO TERUS KETAGIH TIPU RAKYAT
- MAI TENGOK...ADA ORANG KENA FUCK
- Kisah Iblis Terpaksa Bertemu Rasullah SAW
- MUHYIDDIN MEROYAN
- Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN
- GEMPAQ : TIMBALAN MENTERI TERPIJAK TAIK LEMBU... K...
- Rakyat Patut Hukum Siapa Ahli Parlimen Yang Menyok...
- HARIMAU MABUK TULANG GARUDA
- Lawak Lembu : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah...
- Penyokong hilang: Hanya salah faham
- KEPUTUSAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA
- ASALKAN UMNO,LEMBU PUN BOLEH DUDUK DI KONDO
- NYAWA 50 PELAJAR TAHFIZ TERANCAM
- NAJIB FLIP-FLOP
- DAGING BABI DITUKAR JADI DAGING LEMBU
- PEMAIN DAPAT HABUAN SEORANG RM30K?
- BN Pilihan Orang Utan
- Kondom bertaburan di taman
- VIDEO JARINGAN FINAL SUKAN SEA 2011
- TVS Akan Siar Siaran Langsung Debat Rafizi-KJ
- MALAYSIA JUARA BOLASEPAK SUKAN SEA 2011
- Siasat 'Lapangan Terbang Haram' di Hulu Bernam
- TAK TAHAN
- Apabila wakil lembUMNO berbicara...
- Ibrahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri ten...
- LIVE: CHELSEA VS LIVERPOOL
- ISRAEL MINAT MUHYIDDIN ATAU P.RAMLEE?
- LAWAK AHAD: PENGEMIS
- Gadis 16 Tahun Dirogol Di Atas Pasir
- KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 19/11/11
- PAS mahu semua menteri terbabit letak jawatan
- SKANDAL LEMBU TERLAMPAU: TV3SUKU PATUT SIARKAN JAW...
- UMNO Pulau Pinang Didominasi Mamak ?
- BEKAS KETUA POLIS DAERAH SERTAI PAS
- Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pula...
- 10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA
- COUNTER ATTACK MAKAN DIRI
- SOS BAHAYA : KERAJAAN BIARKAN IA DIJUAL
- KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 17/11/11
- VIDEO JARINGAN: FRIENDLY MALAYSIA VS INDIA
- PROJEK LEMBU TIPU,PROJEK SUSU PUN TIPU WAKAKAKA
- SUKA BETOI ZUL KULIM DENGAN KAMBING
- PERKASA, EZAM SESUMPAH AKAN BUAT DEMONTRASI ISU LE...
- Ada 59 aduan salah laku SPRM tapi tiada satu pun d...
- Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook
- Penyelewengan Satim Diman dan BN Selangor dalam ju...
- SAYA MAHU BERTANDING JADI PM JIKA…
- ELAK LINTAH MASUK KEMALUAN
- NFC : SPRM tak ada 'kuasa', serah pada polis..
- GEMPAR!!! MANUSIA DAH MULA MAKAN IBLIS
- SAMPAI BILA NAK DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO?
- Hasil Negeri Lebih Tinggi Dibawah Pakatan
- Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK
- FUCK OFF CELCOM!!!
- Najib mesti tarik balik pinjaman projek lembu
- Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2011
- LEMBU DAN KONDO LEBIH POPULAR DARI CERITA NAJIB PI...
- LAWAK AHAD: HAMPIR DIROGOL
- Penduduk kampung gempar bunyi letupan
- Alamak Toyol Dapat RM2.2 Juta Dalam Masa 5 Hari
- Juru X-ray Hospital Selayang cabul penuntut kolej
- LEMBU PUN GELAK DENGAN UMNO
- MAHASISWA DIKASARI PEMUDA BN
- TRAGEDI 11.11.11
- Isteri Disihirkan, Suami Buat Maksiat & Halang Ist...
- JAMIL KHIR TOLONG COVER LINE HJ NAJIB
- SEKS HANYA KEWAJIPAN BUAT ISTERI?
- Jawapan Menteri di Parlimen Mengesahkan Malaysia R...
- BASIKAL SPERMA ANGKUT AIR MANI
- Mengapa PERKASA tak 'dajal' anak Dr Mahathir?
- KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 2011
- BERSIAP-SEDIA,PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN!!! KAH! KAH...
- Belanda Akan Haramkan Cara Penyembelihan Halal?
- MUFTI PUN TERKEJUT: HJ NAJIB DAN HAJAH ROSMAH SELE...
- Projek Fidlot: Najib Bohong lagi?
- 'Geng Sarung Bantal' licik
- Keputusan Bolasepak Sukan SEA
- Jururawat tersilap buang bayi yang masih hidup
- Abang Cuba Perkosa Adik Sendiri, Pukul Ibu Dengan ...
- Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?
- Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyika...
- LAWAK AHAD: KASI HAMIL
- SALAM 'IDUL ADHA
- Pensyarah Rogol Pelajarnya Dan Paksa Telan Air Mani
- JANGAN LA DOK KUTUK NAJIB KAT MEKAH BRO...
- LEMBAGA HITAM GANGGU GADIS BAWAH UMUR
-
▼
November
(112)