Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 12, 2011

LEMBU PUN GELAK DENGAN UMNO

Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa
 Saifuddin semalam.

Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

NONE"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.

Mkini
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan:

  1. Buat malu anak muda... udah le tu... kamu bukannya ada harapan dalam Umno dah...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive