Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 24, 2011

HARIMAU MABUK TULANG GARUDA


NI LA AKIBAT TAK CUKUP REHAT,WAKTU KERJA PUN NAK BEREHAT.


SELEPAS BERGEMBIRA SAKAN SESUDAH MEMBAHAM SANG GARUDA KELMARIN,HARIMAU TUMPAS 2-0 DI KAKI HELANG MERAH SYRIA SEMALAM.MABUK TULANG GARUDA KE BEB? KAH! KAH! KAH!

WALAUPUN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN PEMAIN NEGARA MASIH KENTAL NAMUN CORAK PERMAINAN KURANG BERGELORA MACAM DI STADIUM GELORA BUNG KARNO HARI TU.HANYA BEBERAPA KALI SAJA HARIMAU DAPAT MASUK KE KAWASAN PENALTI DAN MEMBAHAYAKAN LAWAN,ITU PUN DALAM SEPARUH MASA PERTAMA SAJA.

APA YANG DAPAT GUA SIMPULKAN, HARIMAU SEPERTI KEHILANGAN AURA GELORA BUNG KARNO BILA MENENTANG PAK ARAB DI KANDANG SENDIRI.FAKTOR KELETIHAN MERUPAKAN ALASAN YANG MUNGKIN BOLEH DITERIMA OLEH SESETENGAH PENYOKONG,TAPI GUA TAK NAMPAK PUN DEPA NI LETIH.TU YANG HERAN TU.APA YANG GUA NAMPAK,HANTARAN BOLA KURANG TEPAT,PENGUASAAN BOLA KURANG CERMAT DAN SKIL INDIVIDU MEROSOT TERUK.SEBALIKNYA SKIL INDIVIDU PEMAIN SYRIA GAGAL DISAINGI BARISAN PERTAHANAN KITA APABILA MUDAH SANGAT MEMBOCORI(MACAM TUALA WANITA LA PULAK) KAWASAN PENALTI KITA.

SELAIN DARI ITU KEHILANGAN BEBERAPA PEMAIN TONGGAK YANG TIDAK DITURUNKAN TURUT MENCACATKAN SENTUHAN BERPASUKAN.BEBERAPA PEMAIN BARU YANG DIUJI JUGA KURANG MENYENGAT.KITA LIHAT BAGAIMANA PEMAIN KITA GAGAL UNTUK MELEPASI KAWASAN TENGAH SYRIA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA BERTAHAN LEBIH-LEBIH LAGI PADA SEPARUH MASA KEDUA.GUA DAH BAGI TAU BAHAYA BERMAIN SECARA BERTAHAN ADALAH DUA KALI GANDA DARIPADA BERMAIN SECARA MENYERANG,TAPI DEPA TAK MAU DENGAQ.

DAH BERAPA KALI JUGA GUA CAKAP THAMIL ARASU DAN FAKRI TAK BOLEH JADI STRIKER KALAU MALAYSIA NAK MENANG.GUA TAK NAMPAK LANGSUNG KAREKTOR DAN SKIL STRIKER PADA DEPA NI.NEXT GAME KASI TUKAQ ORANG LAIN LA BEB.SERIUS GUA CAKAP LU.STRIKER MESTI PANTAS BERLARI BEB,BUKANNYA TUNGGU BOLA.LAGI SATU STRIKER MESTI TAU APA NAK BUAT BILA DAPAT BOLA DALAM KAWASAN PENALTI.BUKAN SEKADAR BERLARI TAPI TAK TAU NAK BUAT APA.KALAU STRIKER TULEN,PUSING KOT MANA PUN MESTI GOL PUNYA.INI SEPAK PENALTI PUN TAK MASUK APA CERR...

GUA HARAP HARIMAU AKAN BANGKIT AHAD NI MEMBAHAM MANGSA SETERUSNYA.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive